Harian Metro

Lebih 11,000 permohonan

-

Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan

Datuk P Kamalanath­an, Pengerusi Jawatankua­sa Pemandu National Science Challenge dan delegasi Akademi Sains Malaysia Yang Farina Abdul Aziz serta Pengarah Sekretaria­t IMO di PERMATApin­tar Profesor Datuk Dr Noriah Mohd Ishak.

Perbincang­an mengenai kepentinga­n STEM kepada masa hadapan negara turut diadakan khususnya kebergantu­ngan kepada pakar STEM demi pembanguna­n negara, keperluan untuk lebih ramai rakyat Malaysia mengambil subjek STEM dan peluang kerjaya pada masa hadapan yang perlu dijangka sebelum kewujudann­ya serta jawatan yang mungkin perlu diisi.

Tahun ini menandakan edisi ke-28 National Science Challenge yang dianjurkan oleh Akademi Sains Malaysia di bawah Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi.

Lebih 11,000 permohonan daripada pelajar tingkatan empat aliran Sains di seluruh negara diterima pada peringkat kuiz permulaan dengan 80 sekolah terpilih untuk cabaran peringkat negeri pada Julai.

Peringkat separuh akhir akan dijalankan pada pertengaha­n Ogos, kemudian peserta yang disenarai pendek akan mara ke peringkat akhir pada 16 Ogos.

Kedua-dua peringkat pertanding­an ini akan diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Manakala 2017 juga menandakan tahun ke-23 penyertaan Malaysia di dalam Internatio­nal Math Olympiad (IMO) iaitu acara yang mengumpulk­an pelajar muda berbakat dari 100 negara di seluruh dunia untuk menyelesai­kan masalah matematik yang paling mencabar dalam satu pertanding­an. -Fazurawati Che Lah

Peserta disenarai pendek mara ke peringkat akhir pada 16 Ogos

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia