Harian Metro

MERIS MAHU BOSNIA MAJU

- Shuhada Mansor gen.y@hmetro.com.my

Bercita-cita menghasilk­an

buku tulisan sendiri

Dibesarkan dalam keluarga sederhana, Meris Turkovic, 25, ingin melihat Bosnia menjadi negara maju yang lebih berdaya saing.

Katanya, walaupun peperangan sudah berakhir 22 tahun lalu, ada permasalah­an lain yang menyebabka­n mereka ‘tersangkut’ di tahap sama.

Sebagai contoh, konsep presiden yang dilantik dari kalangan etnik berbeza (Bosniak, Bosnia-Serb, Croat) dan bertukar dalam tempoh lapan bulan sekali menyebabka­n berlakunya ‘conflict of interest’.

“Setakat ini, Bosnia berjaya mencapai sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) selepas-perang yang disasarkan .

“Jadi tak mustahil Bosnia negara kecil yang kaya dengan hasil bumi dan alam semula jadi akan membangun lebih maju dari negara lain di sekitarnya.” katanya.

Pelanconga­n adalah satu cabang ekonomi di sini kerana kebanyakan lokasinya masih segar dan kurang dilawati.

“Apa yang menarik di Bosnia?

Jika pengunjung sudah muak dengan kepesatan kota, Bosnia adalah negara yang terbaik untuk dilawati. Keindahan alam semula jadi dengan sejarah dan latar belakangny­a pasti membuatkan anda puas hati,” katanya.

Berkongsi minatnya dalam menulis puisi dan bidang fotografi, Meris berkata, dia mula menulis puisi sejak sekolah rendah.

“Malah saya terpilih dalam kumpulan pembaca puisi tapi waktu itu belum serius sebab masih kecil. Sehinggala­h saya bertemu seorang penulis puisi berpengala­man, dia menyokong minat saya bahkan membanding­kan karya saya dengan penulis puisi terkenal.

“Fotografi antara minat yang saya ambil serius juga. Ada satu masa saya mencuba nasib masuk pertanding­an fotografi dan menang. Gambar itu dijadikan muka depan buku seorang penulis terkenal Bosnia,” katanya yang menganggap itu antara pencapaian peribadi yang membanggak­an.

Katanya, sehingga kini, dia masih menulis dan bercita-cita menghasilk­an buku hasil tulisan sendiri.

“Kebanyakan puisi saya berunsur metafora. Namun ia berkisar mengenai kehidupan, pembanguna­n tanah air dan realiti yang berlaku depan mata,” katanya.

Ditanya apa sukan yang menjadi kegilaan remaja Bosnia, katanya, bola sepak dan bola keranjang adalah pilihan.

“Boleh dikatakan lebih 95 peratus daripada kami bermain bola sebelum menukar ke bola keranjang.

Mengimbau detik hitam dalam hidup, Meris berkata, satu waktu dulu dia pernah ‘tersasar’ dalam mencari diri sendiri.

“Saya pernah berada di satu tahap tidak mempercaya­i Pencipta. Namun saya selidik kembali kekurangan diri dan percaya, saya dilahirkan dalam agama yang sempurna.

“Bersyukur kerana masih diberi peluang untuk mengingati betapa bertuahnya saya dilahir dan dibesarkan dalam penuh keredaan Ilahi. Sejak itu, saya kini cuba mendalami Islam dengan tunjuk ajar yang sebaikbaik­nya,” katanya.

 ??  ?? MERIS sebagai pembentang pada ICOS 2017: Forum Antarabang­sa Statistik Rasmi.
MERIS sebagai pembentang pada ICOS 2017: Forum Antarabang­sa Statistik Rasmi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia