Harian Metro

Halangan berwajah baru

-

dianjurkan kali ketiga di The Ranch, Gohtong Jaya baru-baru ini.

Acara anjuran syarikat Original Bootcamp Sdn Bhd dengan kerjasama Genting Highlands dan Great Eastern ini turut menjanjika­n lebih banyak cabaran serta pengembara­an kepada peminatnya pada tahun ini.

Halangan Viper Challenge bukan sekadar menguji kehebatan fizikal dan mental individu malahan mencabar peserta membuktika­n solidariti serta semangat berpasukan sepanjang trek larian 10 kilometer (km) menerusi pelbagai halangan disediakan.

Jika tahun lalu peserta dicabar dengan 15 halangan, tahun ini peserta kelihatan teruja mahu menamatkan cabaran dengan 16 halangan yang berwajah baru.

Enam belas halangan yang perlu dilalui peserta ialah Island Hopping, Fence Climbing, Medball Hill Carry, Shock Therapy, Mini Walls, Tread Water, Hands on Fire, Rubber Burn, Incline Walls, Ladder Climb, Stuck in the Mud, The Peak, Up the Pipes, Wheel of Fortune, Rotating Cubes, and Diamond Cube.

Kira-kira jam 6 pagi peserta mula membanjiri tapak karnival dan bersenam meregangka­n otot sebelum memulakan larian.

Cabaran bermula tepat jam 7 pagi apabila peserta dilepaskan secara berperingk­at setiap setengah jam.

Penulis juga turut berpeluang menyertai acara lasak ini dengan pelepasan di garisan permulaan tepat jam 7.30 pagi bersama rakan media dan blogger.

Trek larian bermula di tapak karnival kemudian melalui Gohtong Jaya, Awana Genting, tempat letak kereta Genting Skyway dan berakhir di ladang kuda Awana.

Sejurus dilepaskan, peserta perlu berlari melalui jalan berbukit kira-kira 3km sebelum mencabar diri dengan halangan pertama iaitu ‘Island Hopping’.

Nampak macam mudah untuk melepasi tujuh pelampung yang dijadikan jambatan bagi mengharung­i kolam dipenuhi air lumpur. Hakikatnya pelbagai aksi lucu yang dilakukan peserta seperti

 ??  ?? ELECTRIC Curtain.
ELECTRIC Curtain.
 ??  ?? PESERTA dilepaskan seawal jam
PESERTA dilepaskan seawal jam
 ??  ?? F
F

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia