Harian Metro

STRES UNTUK SUKSES

- Bersama Amin Idris

BAHAGIAN 1

“Dan sesungguhn­ya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buahbuahan (sumber pendapatan). Berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.” (al-Baqarah: 155)

Saya percaya semua orang pernah mengalami stres (tekanan), tidak kira apa situasi atau di mana ia berlaku. Sama ada di tempat kerja, di sekolah, dalam kesesakan lalu lintas, atau mungkin di rumah. Ada orang mengalami stres di tempat kerja, dimarahi bos dengan fail menggunung tinggi, rakan sekerja yang tidak membantu dan pelbagai lagi situasi. Ada orang mengalami stres di rumah, dengan masalah rumah tangga atau anak yang bising dan mengakibat­kan rumah bersepah.

Memahami dengan masalah yang berlaku, saya menulis sebuah buku bersama Nik Muhammad Hanis bertajuk Stres Untuk Sukses. Buku ini membincang­kan bukan saja pengurusan stres malah bagaimana menggunaka­nnya untuk meraih kejayaan dalam kehidupan kita.

Saya umpamakan pengurusan stres ini seperti seorang pelumba lari ingin memulakan larian. Saya percaya anda boleh bayangkan bagaimana pengadil menjerit kepada semua pelumba menyebut, ‘On Your Mark, Get Set dan Go!’.

On your mark

Ketiga-tiga arahan ini bukan sekadar arahan, tetapi pelumba perlu berada dan bertindak seperti arahan yang diberikan. Semasa On Your Mark, setiap peserta perlu berada di permulaan garisan. Pelumba lari perlu tahu di mana untuk dimulakan larian dan ke arah mana perlu mereka berlari, juga di mana akhirnya perlumbaan itu. Begitu juga dengan stres, kita perlu tahu di mana kita berada, adakah kita mengalami stres? Apa fakta mengenai stres? Apa mitos atau salah faham mengenai stres yang perlu diperbetul­kan? Kita perlu menguasai ilmu ini untuk fasa pertama.

Get Set!

Seterusnya, pengadil akan menjerit Get Set! Setiap pelumba lari perlu berada dalam keadaan sedia untuk memulakan larian. Begitu juga dalam pengurusan stres, kita perlu persiapkan diri dengan pelarasan minda dan hati kita. Pelarasan minda bermaksud menyediaka­n minda kita untuk mengatasi sesuatu masalah yang timbul, mempunyai paradigma atau cara fikir yang betul dan akhirnya mempunyai fokus yang baik ke mana hala tuju diinginkan. Dengan ini, kita dapat menukar stres yang dianggap sebagai ancaman kepada satu bentuk peluang untuk mencapai kejayaan.

Go!

Ada cara guna tekanan dialami untuk raih kejayaan dalam hidup

Akhirnya, pengadil akan menjerit Go! Ia menandakan setiap pelumba lari perlu memulakan larian untuk ke garisan penamat. Kita perlu bertindak untuk mengurus stres. Antara cara yang baik untuk mengurus stres ialah qailullah. Qailullah bermaksud tidur sekejap pada waktu siang, terutama tengah hari. Tempoh masa yang bagus untuk qailullah adalah 15 sehingga 30 minit. Kajian menunjukka­n ia mampu mengurangk­an 50 peratus penghasila­n hormon stres. Banyak lagi tindakan yang efektif bagi mengurus stres saya coretkan di dalam buku Stres Untuk Sukses yang pastinya tidak dapat saya tulis segalanya di sini. Saya akan kongsikan dengan pembaca semua bagaimana mengubah ancaman stres pada tulisan minggu depan! Tunggu...!

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia