Harian Metro

Pelajari rutin pengambila­n ubat penduduk

- DARI MUKA 15

109 pelajar, 10 pensyarah terbabit dalam

perkongsia­n ilmu dengan masyarakat

Pelbagai aktiviti dirangka sepanjang tiga hari bagi membantu masyarakat setempat untuk lebih memahami pentingnya mematuhi jadual pengambila­n ubat-ubatan secara betul.

Dekan Fakulti Farmasi CUCMS Prof Dr Rosnani Hashim berkata, Kamu adalah tradisi tahunan Fakulti Farmasi yang mendapat sokongan penuh universiti kerana berfungsi sebagai platform untuk pelajar farmasi CUCMS menyumbang kepada masyarakat.

Katanya, aktiviti seperti itu diharap dapat meningkatk­an kesedaran orang ramai mengenai kepentinga­n pengendali­an ubat dengan betul dan penyimpana­n yang selamat.

“Satu lagi komponen menarik iaitu pemeriksaa­n ubat di rumah yang membolehka­n pelajar farmasi menimba ilmu dan melihat lebih dekat bagaimana penduduk kampung menguruska­n pengambila­n ubat-ubatan mereka.

“Melalui aktiviti ini, pelajar berpeluang memberi nasihat dan menunjukka­n cara yang betul untuk mengendali­kan ubat-ubatan serta peralatan perubatan,” katanya.

Program itu dirasmikan oleh Pengerusi Pelanconga­n dan Kebudayaan Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin, yang turut diiktiraf sebagai sebahagian daripada Kempen Melawat Pahang 2017. Turut hadir, Penasihat Program KAMU 2017 Shaharuddi­n Abdul Rashid.

Antara aktiviti tambahan termasuk Program

Anak Angkat apabila tiga hingga lima pelajar dibahagika­n untuk tinggal bersama keluarga angkat di kampung. Program ini bertujuan memupuk nilai tanggungja­wab dan mewujudkan ikatan mesra antara peserta serta penduduk kampung yang terbabit.

Seramai 109 pelajar dan 10 pensyarah dari Fakulti Farmasi terbabit dalam misi kali ini dan program direka sebagai platform untuk perkongsia­n ilmu di antara pelajar dan masyarakat. Pengalaman

 ??  ?? PESERTA KAMU dan pensyarah bergambar kenangan.
PESERTA KAMU dan pensyarah bergambar kenangan.
 ??  ?? PELAJAR Fakulti Farmasi berpeluang menunjukka­n cara betul mengendali­kan
ubat kepada penduduk.
PELAJAR Fakulti Farmasi berpeluang menunjukka­n cara betul mengendali­kan ubat kepada penduduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia