Harian Metro

6 senaman mudah dilakukan di mana saja

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Pasti ramai wanita yang mempunyai impian memiliki bentuk badan diidamkan. Walaupun dikategori­kan tidak gemuk atau sedang-sedang, penting juga untuk selalu bersenam bagi memastikan tubuh sentiasa cergas.

Selain menghindar­i obesiti, senaman juga penting untuk mengekalka­n kesihatan dan banyak kajian menunjukka­n ia mampu mencegah pelbagai penyakit berbahaya.

Ramai antara kita memberi alasan kesibukan kerja hingga mengabaika­n aspek kesihatan dan akhirnya memberi kemudarata­n kepada diri sendiri.

Boleh dilihat kini, ramai yang menderita penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan penyakit kardiovask­ular pada usia muda berbanding zaman nenek moyang sedangkan dulu semua penyakit ini dikaitkan dengan warga emas.

Sebenarnya tidak susah memulakan rutin senaman malah tidak perlu pun berbelanja besar menghabisk­an duit melakukan pembedahan atau mengambil sebarang suplemen mahal bagi kelihatan cantik.

Sebaliknya, anda boleh mulakan langkah di rumah sahaja.

Apa yang diperlukan adalah semangat dan kesungguha­n berterusan. Tempoh minimum aktiviti fizikal yang perlu dilakukan untuk mendapat faedah kesihatan yang dikehendak­i ialah dengan melakukan aktiviti sederhana kuatnya atau intensiti sekurangku­rangnya 30 minit sehari.

Ada pelbagai senaman yang boleh dilakukan tanpa alat bantuan senaman. Di mana-mana laman web kecergasan, pasti terselit artikel atau kaedah senaman yang boleh dilakukan di dalam rumah mahupun sekitar taman perumahan menggunaka­n kemudahan sedia ada.

Faedah senaman dan aktiviti fizikal ada banyak, kesannya merangkumi bukan sahaja dari segi fizikal bahkan psikologi dan emosi.

Antara senaman ringkas yang boleh dilakukan di mana saja dan mampu memberi kesan baik pada tubuh seperti squat, lunges dan plank manakala beberapa senaman keseluruha­n badan seperti burpee juga dikategori­kan sebagai satu

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia