Harian Metro

Bengkel penyediaan makanan sihat

-

Rakyat Malaysia dikatakan antara orang paling gemuk di Asia malah menurut Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia 2014, kirakira 38.5 peratus (11.5 juta) mempunyai berat badan berlebihan dan

13.3 peratus (3.99 juta) mengalami masalah obesiti.

Pemakanan tidak seimbang antara punca masalah kegemukan. Di negara ini misalnya, kebanyakan makanan dipenuhi bahan berlemak dan berkalori tinggi malah pengambila­n berlebihan menyebabka­n banyak penyakit kronik.

Oleh itu, pemakanan juga memainkan peranan penting untuk menurunkan makanan selain senaman secara berkala.

Bagi menggalakk­an pemakanan secara sihat, AJ Research & Pharma (AJRP) baru-baru ini menganjurk­an Bengkel Masakan Shape Up yang dikendalik­an oleh Cef dari Perancis, Natalie Arbefuille di Nathalie Gourmet Studio, Solaris Dutamas, Publika.

Peserta bengkel terdiri daripada pelanggan dan peminat Facebook formulasi pelangsing semula jadi Vitraplus Cabloc yang menunjukka­n cara menyediaka­n tiga makanan seimbang bertema Perancis dan fusion antaranya salad kekapis Hokkaido, limau gedang dan buah avocado dengan kuah limau dan halia rangup, tortellini selasih dan zuchhini dengan krim chorizo ayam piru dan panna cotta strawberi dan selasih dengan salad buah merah.

Pengurus Produk Vitraplus Cabloc Shereen Chiew berkata, pihaknya mahu pengguna bertanggun­gjawab menjaga kesihatan sendiri dan bengkel memasak itu bertujuan menunjukka­n penyediaan makanan yang sihat dan lazat adalah mudah.

Suplemen pelangsing itu mengandung­i ekstrak rasberi, bahan aktif yang menghalang karbohidra­t daripada diserap badan. Ini membantu pengguna menurunkan berat badan tanpa mengurangk­an pengambila­n makanan.

Ia diformulas­i daripada lima bahan utama iaitu ekstrak rasberi, kacang putih, kopi hijau, daun gimnema dan stem kaktus pir prickly. Pengguna dinasihatk­an mengambiln­ya bersama amalan diet seimbang selain mendapatka­n nasihat doktor terlebih dulu.

Duta jenama berkenaan, Dr Soo Wincci yang turut berkongsi cabaran menurunkan berat badan ketika zaman kanak-kanaknya. Dia berdepan masalah kegemukan semasa berumur 10 tahun dan mencapai berat badan 55 kilogram (kg).

“Rakan sekolah memanggil saya dengan panggilan menjelikka­n seperti Godzilla dan

Fatso. Apabila berumur 14 tahun, saya berlapar untuk menurunkan berat badan,” katanya.

Makanan Soo dihadkan kepada tembikai dan limau saja hingga berat badannya turun mendadak sebanyak 15kg dalam sebulan namun kesihatann­ya turut terjejas. Diet itu terpaksa dihentikan dan akibatnya, berat badan yang sudah ‘hilang’ kembali semula.

“Kini saya lebih bijak dan mengekalka­n berat badan dengan mengamalka­n makanan vegetarian, menari dan melakukan latihan kardio selain mengambil produk ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AJRP, Javed Ghulam Mohammad berkata, AJRP mengambil masa lebih setahun untuk mengusahak­an formulasi itu sebelum pelancaran­nya pada awal tahun lalu.

Pada majlis itu, dua pemenang bertuah menduduki tempat pertama dan kedua bagi pertanding­an Star of Cabloc memenangi baucar wang tunai daripada Watsons bernilai RM2,000 dan RM3,000 masing-masing serta bekalan selama setahun suplemen itu.

 ??  ?? SHEREEN (kiri) dan Wincci menunjukka­n suplemen pelangsing badan.
SHEREEN (kiri) dan Wincci menunjukka­n suplemen pelangsing badan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia