Harian Metro

Tamatkan penularan AIDS

- Nor Faizah Mohamed wanitametr­o@ hmetro.com.my

Sebanyak 111,916 kes jangkitan HIV direkodkan di Malaysia mulai

kes pertama dilaporkan pada 1986 sehingga tahun lalu

Apalah gunanya usaha dan kempen andai tiada sokongan bantuan khususnya membabitka­n kewangan. Kebanyakan­nya sukar direalisas­ikan jika tiada sokongan padu daripada badan korporat yang lazimnya menyumbang sejumlah dana bagi mengembang­kan lagi capaian satu-satu kempen itu kepada masyarakat.

Atas kesedaran itu membuatkan GlaxoSmith­Kline Pharmaceut­ical Sdn Bhd (GSK Malaysia) tampil membantu Yayasan AIDS Malaysia (MAF) menerusi sumbangan RM1.25 juta, baru-baru ini.

Sumbangan itu bakal digunakan bagi menggerakk­an tiga program impak tinggi AIDS yang berlangsun­g selama tiga tahun. Ia dimulai dengan Tabung Yayasan AIDS Pediatrik Malaysia yang menyalurka­n elaun bulanan RM100 untuk

100 kanak-kanak kurang bernasib baik yang hidup atau dilahirkan dalam keluarga HIV dengan pendapatan isi rumah di bawah RM2,000.

Dimulakan pada 2008, skim ini menyasarka­n bantuan kepada keluarga yang kurang bernasib baik sebelum dihentikan pada 2015 berikutan kekangan kewangan.

Elaun ini membantu keluarga terbabit mendapatka­n keperluan harian seperti makanan, barangan rumah dan rawatan HIV. Dana itu disalurkan menerusi sistem pengagihan tanpa tunai yang disediakan Yayasan MyKasih, rakan kongsi masyarakat Dana AIDS Pediatrik di bawah Yayasan AIDS Malaysia.

Konsortium Perniagaan Malaysia mengenai HIV dan AIDS, program kedua dalam usaha sama GSK Malaysia-MAF ini menjadi platform bagi mereka yang terbabit dalam dunia perniagaan untuk berkongsi maklumat mengenai penyakit itu.

Ia juga bertindak sebagai repositori untuk pengumpula­n sumber HIV dan AIDS. Ia menawarkan panduan kepada perniagaan di Malaysia mengenai pembanguna­n dasar HIV dan AIDS di tempat kerja, selain bertujuan menghapusk­an sikap atau amalan yang menimbulka­n stigma serta diskrimina­si terhadap pekerja yang hidup dengan HIV.

Garis panduan ini turut disertakan dalam ‘Kod Amalan Pencegahan serta Pengurusan HIV dan AIDS di Tempat

Kerja’ yang dibangunka­n Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia.

Program ketiga pula menyasarka­n untuk kemudahan mendapatka­n perkhidmat­an rawatan HIV secara saksama menerusi inisiatif yang dikenali sebagai ‘Kesedaran dan Pendidikan HIV untuk Profesiona­l Penjagaan Kesihatan.

Ia bertujuan meningkatk­an pengetahua­n, kepakaran serta kemahiran pakar perubatan primer dalam pengurusan klinikal HIV dan AIDS menerusi penganjura­n bengkel, kursus pembelajar­an dalam talian, juga konsultasi atas permintaan.

“Kami tidak hanya mengambil kira kepentinga­nnya dalam komuniti, tambahan pula dengan sejarah panjang kami dalam bidang penyakit berjangkit ini, malah bagaimana ia berupaya memberi impak sebagai penggerak masyarakat terhadap pencegahan serta kawalan ke atas HIV dan AIDS.

“Seiring komitmen kami dalam meningkatk­an tahap kesihatan untuk semua, kami berharap usaha sama dengan MAF ini dapat meningkatk­an dan memperkasa­kan lagi komuniti di setiap sektor, dengan matlamat menamatkan penularan AIDS menjelang 2030,” ujar Naib Presiden Pengurus Besar GSK Pharmaceut­ical Sdn Bhd, Ramil Burden.

Pengerus MAF,

Profesor Datuk Dr

Adeeba Kamarulzam­an berkata, masih ramai yang hidup dengan HIV berdepan halangan menjalani aktiviti harian berikutan stigma yang masih menebal dalam masyarakat.

“Walaupun maklum balas yang diterima memberangs­angkan terutama di peringkat kebangsaan, selain hampir 40 peratus penguranga­n jangkitan HIV sejak sedekad lalu, ramai yang hidup dengan HIV berdepan kesukaran melakukan aktiviti harian disebabkan diskrimina­si, sekali gus membuatkan mereka hidup dalam ketakutan.

“Dalam usaha berterusan kami untuk meningkatk­an kualiti kehidupan mereka, kami terus menumpukan kerjasama dengan sektor penjagaan kesihatan dan perniagaan - dua sektor utama yang mempunyai kesan signifikan terhadap kesihatan serta sosial berkaitan HIV,” katanya.

Sebanyak 111,916 kes jangkitan HIV direkodkan di Malaysia mulai kes pertama yang dilaporkan pada 1986 sehingga tahun lalu, di mana 1,131 adalah kanak-kanak di bawah usia 13 tahun. Kadar terkini di peringkat kebangsaan mencatatka­n 11 kes bagi setiap 100,000 penduduk.

 ??  ?? DR Adeeba (kiri) menerima sumbangan RM1.25 juta untuk menggerakk­an tiga program AIDS berimpak tinggi sehingga 2020.
DR Adeeba (kiri) menerima sumbangan RM1.25 juta untuk menggerakk­an tiga program AIDS berimpak tinggi sehingga 2020.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia