Harian Metro

Pedih ulu hati selepas makan

-

“Ia umpama luka yang boleh melarat dan membahayak­an nyawa jika anda tidak berbuat sesuatu mengenainy­a. Prinsip yang sama juga perlu diguna pakai untuk GERD,” katanya.

Dr Soultanov berkata, kebanyakan orang tidak menjangka GERD akan membawa perubahan dramatik terhadap gaya hidup mereka. Secara ringkas GERD meragut keseronoka­n hidup malah menurut data klinikal, GERD boleh menyebabka­n kerisauan dan kemurungan, begitu juga sebaliknya.

“GERD boleh mengganggu produktivi­ti dan tidur yang seterusnya memporak-perandakan kehidupan harian,” katanya.

Pedih hulu hati adalah antara gejala utama refluks asid selain rasa masam pada tekak (disebabkan asid perut), kesukaran menelan atau berasa seolah-olah sesuatu tersekat dalam dada atau tekak, pengumpula­n angin dalam perut dan sendawa berlebihan.

Malah, sesetengah pesakit mungkin mengalami batuk kering kronik atau sesak nafas yang dicetuskan oleh refluks asid. Sekiranya asid naik ke dalam

PENYELESAI­AN

Lazimnya, pedih hulu hati dan GERD boleh dirawat dengan ubatubatan yang bertindak dengan mengawal penghasila­n asid. Secara rutinnya, pesakit diberikan ubat untuk menyekat rembesan asid yang dikenali perencat pam proton (PPI), ia bertindak pantas dan pilihan popular untuk membantu menangani gejala penyakit ini.

Ada kalanya, gejala GERD sukar dikawal walaupun dengan penggunaan ubat PPI yang paling membawa kesan. Beberapa kajian menunjukka­n hampir 40 peratus pesakit mengalami pedih hulu hati melaporkan kekurangan respons secara separa atau sepenuhnya kepada ubat PPI.

GERD bukan mudah ditangani. Selaku doktor naturopati dan juga penyelidik, Dr Soultanov turut berkongsi keputusan daripada kajian klinikal terbaru dijalankan ke atas ekstrak jejarum hijau konifer pain dikenali sebagai Bioeffecti­ve A serta kesannya terhadap kesihatan gastrousus dan GERD.

Menurutnya, terapi itu terbukti mempunyai ciri penyembuha­n sel dan pengambila­nnya menunjukka­n penguranga­n gejala ketakcerna­an 92 peratus dan gejala lain seperti gastritis, angin perut serta gangguan usus.

Pengetahua­n yang digabungka­n daripada perubahan moden dan ubat-ubatan naturopati kini mampu menawarkan pendekatan yang lebih holistik untuk membantu pesakit menangani masalah kesihatan mereka dengan lebih berkesan.

 ??  ?? TUN Abdullah Ahmad Badawi (tiga dari kanan) bersama Dr Vagif (tiga dari kiri) ditemani bekas pesakit GERD (kiri sekali), Dr Raja Affendi dan Swanee Teh pada forum kesihatan ‘Oh My Gerd!.
TUN Abdullah Ahmad Badawi (tiga dari kanan) bersama Dr Vagif (tiga dari kiri) ditemani bekas pesakit GERD (kiri sekali), Dr Raja Affendi dan Swanee Teh pada forum kesihatan ‘Oh My Gerd!.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia