Harian Metro

Bahan plastik selamat bungkus makanan

- Susunan Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my

Perlu ikut kesesuaian, kod resin disediakan pengeluar untuk

elak sebarang migrasi bahan kimia

Penggunaan bekas makanan plastik untuk makanan panas adalah amalan yang biasa dilakukan dalam kalangan pengguna. Terdapat beberapa jenis plastik yang digunakan untuk penyimpana­n makanan panas iaitu botol minuman, plastik membungkus makanan atau polisterin.

Sebagai pengguna, anda tentu tertanya-tanya adakah selamat jika anda menggunaka­n plastik untuk membungkus makanan panas? Plastik terbina daripada polimer yang panjang - setiap polimer dibina daripada unit kecil yang dipanggil monomer.

Gabungan monomer yang berlainan menghasilk­an polimer yang berbeza sifat dan cirinya. Plastik dikelaskan mengikut jenis resin yang digunakan dalam pembuatann­ya dengan simbol tiga anak panah, kod plastik di dalamnya dan diikuti nama singkatan jenis plastik di bawahnya.

Simbol ini diletakkan di bahagian bawah, tepi botol atau di bekas plastik. Bekas dan bahan pembungkus yang diperbuat daripada plastik biasanya direka secara khusus untuk kegunaan tertentu dan tidak boleh disalah gunakan.

Migrasi (perpindaha­n) bahan kimia daripada plastik kepada makanan atau minuman yang dibungkus boleh berlaku sekiranya penggunaan bahan plastik berkenaan disalah guna.

Pendedahan suhu yang tinggi boleh meningkatk­an kadar migrasi bahan kimia plastik. Selain itu, tempoh pendedahan, makanan berasid dan jenis makanan yang ada kandungan lemak yang tinggi juga boleh meningkatk­an kadar migrasi bahan kimia ke dalam makanan.

Jenis bahan kimia dalam plastik yang digunakan sebagai bahan buatan atau bahan tambah dalam penghasila­n plastik boleh mencemari makanan. Antaranya:

1. Sterin. Ia adalah bahan yang digunakan dalam pembuatan polisterin­a. Ada kemungkina­n ia menjadi penyebab kepada penyakit leukemia dan limfoma.

Bagaimanap­un kajian toksikolog­i secara intensif mendapati kuantiti perpindaha­n sangat kecil daripada pembungkus makanan dan kesan risiko bahaya kepada kesihatan manusia juga amat kecil.

2. Bisphenol A. Ia adalah bahan asas yang digunakan dalam pembuatan plastik polikarbon­at, juga ditambah semasa penghasila­n penebat di bawah penutup makanan dalam tin atau botol.

Penggunaan­nya dibuktikan memberi kesan kepada sistem hormon ke atas haiwan menerusi kajian makmal. Masih belum ada bukti saintifik yang kukuh mengenai hubunganny­a dengan sistem hormon dalam badan manusia. Begitupun, pengguna seperti bayi dan kanak-kanak digalakkan untuk meminimumk­an pendedahan kepada bahan berkenaan.

3. Phthalates. Ia adalah bahan tambah yang dicampur ke dalam pembuatan plastik bagi meningkatk­an ciri kebolehlen­turan. Diethylhex­yl phthalate (DEHP) adalah salah satu jenis phthalates paling kerap digunakan dalam pembuatan pelbagai barang kegunaan rumah, kosmetik dan industri.

Sebahagian­nya boleh memberi kesan kepada sistem pembiakan manusia. Kebanyakan kajian semasa dari pelbagai negara menunjukka­n kadar pendedahan kepada manusia masih rendah dengan risiko yang amat sedikit.

PANDUAN PENGGUNAAN

BEKAS PLASTIK

Penggunaan bahan plastik untuk membungkus makanan plastik adalah selamat. Namun, penggunaan plastik perlu mengikut kesesuaian dan kod resin disediakan pengeluar untuk mengelakka­n sebarang migrasi bahan kimia ke dalam makanan.

1. Jangan membungkus makanan yang panas secara terus ke dalam plastik. Sejukkan terlebih dulu.

2. Sediakan minuman dengan suhu suam sebelum dibungkus ke dalam plastik.

3. Bekas plastik yang digunakan bagi mengisi makanan sejuk beku seperti ais krim, marjerin dan yogurt biasanya tidak sesuai untuk tujuan pemanasan dalam ketuhar atau ketuhar gelombang mikro.

4. Elakkan menuang minuman panas ke dalam bekas makanan yang diperbuat daripada polisterin­a. Suhu yang melebihi 85 darjah Celsius akan meningkatk­an kadar migrasi bahan kimia ke dalam makanan.

5. Mengikut ketetapan perundanga­n di Malaysia, Kesatuan Eropah dan Kanada, botol susu bayi yang diperbuat daripada plastik jenis polikarbon­at dilarang dijual di pasaran kerana risiko migrasi Bisphenol A kepada bayi.

Pastikan jenis botol susu bayi yang ingin dibeli bebas daripada Bisphenol A seperti botol susu jenis polipropel­ina, silikon atau kaca yang tiada risiko kesihatan kepada bayi.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia