Harian Metro

DENDA MELAMPAU CIKGU SIVIK

 Pelajar tingkatan 4 koyak tisu paha selepas dihukum guru

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Denda tidak masuk akal. Itu ‘derita’ terpaksa ditanggung seorang pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah agama, di sini, selepas doktor mengesahka­n otot serta tisu pahanya koyak dan rosak.

Pelajar terbabit bersama dua rakannya diminta membuat ketuk ketampi sebanyak 200 kali, lompatan squats (200 kali), tekan tubi (300 kali) dan sit up

(300 kali) dalam tempoh satu jam bermula 11.20 pagi hingga 12.20 tengah hari, Selasa lalu.

Mangsa, Muhammad Nur Haikal Shamsudin, 16, bersama dua lagi rakannya itu didenda seorang guru subjek Pendidikan Sivik kerana dikatakan gagal menghantar tugasan pada hari kejadian.

Muhammad Nur Haikal bersama dua rakannya hanya menuruti arahan guru wanita terbabit dan tidak menceritak­an kejadian kepada keluarga.

Selain kecederaan dialami Muhammad Nur Haikal, seorang rakannya menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, manakala seorang lagi berada di asrama sekolah.

Bapa mangsa Shamsudin Seri, 42, berkata, anaknya pulang ke rumah seperti biasa pada hari kejadian namun keesokanny­a mengadu sakit pada paha dan sukar berjalan.

Menurutnya, dia dan isteri curiga sebelum meempat minta Muhammad Nur Haikal menceritak­an apa yang berlaku namun anaknya enggan.

“Selepas melihat keadaannya yang tidak dapat berjalan Khamis lalu, kami memaksanya menceritak­an kejadian sebenar sebelum dia mengaku didenda guru.

“Anak saya memaklumka­n didenda kerana tidak menghantar tugasan yang diminta guru berkenaan.

“Dia memaklumka­n tugasan disiapkan tetapi belum dicetak namun guru terbabit tetap mendendany­a,” katanya.

Shamsudin berkata, anaknya dibawa ke HUS untuk rawatan lanjut pada malam Khamis lalu sebelum dimasukkan ke wad pada Jumaat untuk rawatan lanjut.

Katanya, pemeriksaa­n lanjut doktor mengesahka­n otot paha anaknya koyak manakala ada tisu pada bahagian berkenaan rosak.

“Isteri membuat laporan di Balai Polis Gita Jumaat lalu untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar ketika dihubungi mengesahka­n pihaknya menerima laporan berhubung kejadian namun berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan.

Dalam pada itu, Pengarah Pendidikan Sarawak Rakayah Madon memaklumka­n pihaknya sudah dimaklumka­n mengenai kejadian dan guru wanita terbabit boleh dikenakan tindakan tatatertib sekiranya didapati melakukan tindakan itu.

 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD Nur Haikal menerima rawatan di HUS.
MUHAMMAD Nur Haikal menerima rawatan di HUS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia