Harian Metro

‘GEMPA’ DARI ATAS BANGUNAN

Empat cedera, 10 motosikal dan tiga kereta rosak akibat tangki air di tingkat 4 Kompleks Teruntum pecah

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz azimfitri@hmetro.com.my

“Saya rasa kalau saya dan isteri lambat lari menyelamat­kan diri, mungkin kami sudah tiada lagi (meninggal dunia) kerana sebaik mendengar dentuman kuat seperti gempa bumi itu kami terkedu sebelum isteri menarik saya menyelamat­kan diri.”

Itu kata-kata mangsa Sheikh Mohd Hanafi Sheikh Ali, 50, yang terselamat bersama isterinya Norziah Abdul Ghafar, 51, dalam kejadian runtuhan dinding bangunan akibat tangki air pecah di Kompleks Teruntum, di sini, jam 1 tengah hari, semalam.

Menurut Sheikh Mohd Hanafi, ketika kejadian dia dan isteri berjalan ke pusat beli-belah Kuantan Parade selepas meletakkan motosikal di kawasan pakir belakang Kompleks Teruntum itu.

Bagaimanap­un, ketika berjalan dia dikejutkan dengan runtuhan dinding bangunan kompleks itu serta air yang mencurah dari tingkat empat kompleks setinggi 40 meter.

“Saya dan isteri cedera di siku, lutut dan tapak tangan akibat terjatuh ketika cuba melarikan diri. Nasib baik kami tidak cedera serius.

“Bagaimanap­un, motosikal Modenas Kriss saya rosak teruk dihempap serpihan batu dan saya membuat laporan polis mengenai kejadian itu,” katanya ketika ditemui wartawan di lokasi kejadian.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, sekurang-kurangnya empat cedera, manakala 10 motosikal dan tiga kereta terjejas teruk selepas berlaku runtuhan dinding bangunan akibat kejadian tangki air pecah dari tingkat empat bangunan kompleks itu

Rata-rata, kenderaan rosak akibat terkena serpihan batu selepas ditinggalk­an di kawasan pakir kompleks.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan berkata, pihaknya kini melakukan pemeriksaa­n mengenai tahap keselamata­n bangunan itu selepas kejadian tangki air pecah.

“Kami berbincang dengan pemilik kompleks itu dan melakukan pemeriksaa­n keselamata­n. Jika bangunan itu perlu dikosongka­n atau ditutup untuk sementara waktu, ia dilakukan sementara menanti kerja baik pulih selesai.

“Langkah keselamata­n perlu diambil bagi mengelak lebih ramai mungkin tercedera. Punca tangki air pecah masih disiasat,” kata jurucakap itu.

Tinjauan Harian Metro ke lokasi kejadian mendapati kerja penutupan kawasan runtuhan dilakukan anggota bomba dan penyelamat, manakala proses mengalihka­n kenderaan turut dilakukan.

Difahamkan, semua premis perniagaan di kompleks itu diminta menghentik­an operasi buat seketika dan orang ramai diminta mengosongk­an bangunan bagi membolehka­n kerja pemeriksaa­n keselamata­n.

Kami terkedu sebelum isteri menarik saya selamatkan diri

Sheikh Mohd Hanafi

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN dinding bangunan yang runtuh selepas tangki air di tingkat 4 di Kompleks Teruntum pecah, semalam.
KEADAAN dinding bangunan yang runtuh selepas tangki air di tingkat 4 di Kompleks Teruntum pecah, semalam.
 ??  ?? NORZIAH cedera di tapak tangan akibat terjatuh ketika lari menyelamat­kan diri.
NORZIAH cedera di tapak tangan akibat terjatuh ketika lari menyelamat­kan diri.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KENDERAAN yang rosak dihempap batu konkrit dalam kejadian tangki air pecah.
KENDERAAN yang rosak dihempap batu konkrit dalam kejadian tangki air pecah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia