Harian Metro

DURIAN RUNTUH WARGA FELDA

- Hayati Ibrahim dan Siti A’isyah Sukaimi am@hmetro.com.my

Insentif RM5,000 setiap keluarga

Lupus baki pinjaman saham FGV

Izin bina 2 rumah dalam satu tapak

Dana khas lupus hutang tanam semula

Geran Khas tanam semula RM7,500 sehektar

Insentif khas berjumlah RM5,000 akan diberikan kepada setiap keluarga peneroka akhir Ogos ini bagi menghargai sumbangan dan jasa warga peneroka yang sentiasa berdiri teguh bersama FELDA selama ini.

Itu adalah antara enam insentif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di hadapan lebih 25,000 peneroka yang hadir pada sambutan Hari Peneroka FELDA Peringkat Kebangsaan 2017 di Dataran Putrajaya, Presint 2, di sini, semalam.

Bagaimanap­un, Perdana Menteri menegaskan insentif khas itu hanya akan diberikan kepada 94,956 peneroka yang layak penuh iaitu kebunnya diurus oleh FELDA atau menghantar hasil kepada FELDA dan mereka yang bermuafaka­t bersama FELDA.

“Bagaimanap­un atas nawaitu mulia dan semangat permuafaka­tan, buat pertama kalinya saya mengumumka­n secara rasminya kita akan memberi ruang kepada

17,639 peneroka yang tidak menghantar hasil kepada FELDA dan yang menyaman FELDA untuk kembali bermuafaka­t bersama kami.

“Namun, waktu untuk kembali bermuafaka­t adalah dalam tempoh enam bulan bermula 0gos dan memenuhi syarat ditetapkan, kalau memenuhi syarat baru mereka akan menerima insentif ini,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan di sini, semalam.

Turut hadir, isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor; barisan menteri Kabinet dan Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Najib berkata, khabar gembira lain yang diumumkan adalah pelupusan hutang tanam semula berjumlah RM5,000 bagi setiap peneroka yang memilih untuk tanam semula melalui FELDA membabitka­n peruntukan sebanyak RM519 juta.

Selain itu, katanya, selari dengan usaha tadbir urus dan integriti yang lebih mantap, kerajaan memutuskan untuk melupuskan baki pinjaman saham FELDA Global Ventures (FGV) dengan kadar ringgit ke ringgit.

“Sehingga kini seramai 77,934 peneroka yang sedang membayar pinjaman saham FGV. Sementara, seramai 1,626 peneroka yang sudah habis membayar pinjaman akan menerima ganjaran tunai sebanyak RM1,820.

“Ini membabitka­n peruntukan keseluruha­n sebanyak RM128.10 juta. Namun, bagi peneroka yang tidak pernah membuat sebarang bayaran pinjaman saham FGV kepada FELDA, tidak akan menerima insentif ini,” katanya.

Najib berkata, kerajaan turut memberi kelulusan untuk membina lebih satu unit rumah dalam satu tapak.

Katanya, sehingga kini, terdapat 4,711 peneroka mempunyai dua rumah dalam satu tapak manakala 70,506 tapak lagi dipercayai sesuai untuk dilaksanak­an mengikut kaedah ini.

“Bagi mengatasi masalah

rumah generasi baharu FELDA pula, FELDA dan kerajaan negeri akan bekerjasam­a bagi meluluskan permohonan pembinaan rumah lebih daripada satu unit di atas satu tapak, namun kos pembinaan rumah adalah melalui atas pembiayaan sendiri,” katanya.

Beliau berkata, insentif kelima adalah dana khas pelupusan lebihan hutang tanam semula bernilai RM300 juta akan diwujudkan bagi tempoh lima tahun bermula 2017 hingga 2021 bagi melupuskan hutang kos operasi melebihi jangkaan RM40,000.

Ini bermakna, Najib berkata, jika hutang kos operasi tanam semula adalah RM60,000, sebanyak RM20,000 akan dilupuskan menggunaka­n peruntukan dana khas ini, menerusi penilaian berdasarka­n permohonan yang dihantar dan diluluskan oleh jawatankua­sa di peringkat FELDA.

“Insentif terakhir adalah geran khas tanam semula peneroka yang diluluskan oleh Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB) dengan FELDA dengan kadar RM7,500 perhektar akan diwujudkan bagi program tanam semula FELDA bermula 2017 hingga 2020.

“Ini membabitka­n tanah berkeluasa­n 24,280.31 hektar dengan peruntukan

RM166.60 juta untuk empat tahun itu,”katanya.

Dianggarka­n 50,000 pengunjung hadir pada sambutan yang julung kali diadakan di Putrajaya dengan 25,000 daripadany­a adalah peneroka dari 11 wilayah di seluruh negara sepanjang tiga hari karnival yang berakhir semalam.

Putrajaya:

Putrajaya

 ??  ?? WARGA FELDA bersorak ketika pengumuman enam insentif kepada peneroka.
WARGA FELDA bersorak ketika pengumuman enam insentif kepada peneroka.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? WARGA FELDA Lok Heng Selatan meraikan kemenangan Juara AKKF
2017 di Dataran Putrajaya.
WARGA FELDA Lok Heng Selatan meraikan kemenangan Juara AKKF 2017 di Dataran Putrajaya.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia