Harian Metro

GURU RM1 JUTA

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz azimfitrix@hmetro.com.my

 Guru tak sangka impian menangi kereta bertukar RM1 juta

Dia mengimpika­n hadiah kereta namun sudah tertulis rezekinya berlipat ganda. Wang sejuta ringgit milik Anizah jua selepas bergelar jutawan segera!

“Sebelum ini saya ada juga berangan untuk menang kereta selepas menabung melalui Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) kira-kira 20 tahun lalu. Namun saya tidak sangka angan-angan saya itu bertukar menjadi realiti, malah ia datang dalam bentuk rezeki yang tidak dijangka hingga menjadikan saya jutawan.”

Itulah antara ungkapan gembira Anizah Abdul Hamid, 47, selepas namanya diumumkan sebagai jutawan apabila memenangi hadiah wang tunai RM1 juta melalui cabutan SSP BSN kali keenam Jun lalu.

Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Serai, Pekan, ini tidak menyangka namanya diumumkan sebagai pemenang selepas mula membuat simpanan sebanyak RM1,000 pada 1995.

Katanya, sebelum ini dia ada mengimpika­n untuk memenangi kereta jika terpilih dalam cabutan itu namun tidak menyangka rezeki yang hadir buatnya ibarat durian runtuh hingga menjadikan dirinya jutawan dalam sekelip mata.

“Alhamdulil­lah duit ini saya akan gunakan sebaik mungkin dengan melakukan pelaburan dalam pembelian aset. Selain itu, saya merancang untuk melakukan simpanan di bank dan tabungan di mana-mana amanah saham yang ada,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.

Anak jati Kuala Rompin itu berkata, dia juga merancang untuk melakukan simpanan untuk pendidikan empat anak lelakinya yang berusia 11 hingga 25 tahun, selain menggalakk­an mereka menabung melalui SSP BSN.

Menceritak­an detik manis ketika dipilih sebagai pemenang hadiah wang tunai itu, Anizah berkata, dia pada mulanya dihubungi wakil BSN pada 1 Julai lalu mengatakan namanya terpilih sebagai pemenang RM1 juta sebelum membuat semakan di laman web BSN untuk mendapatka­n kepastian mengenai perkara itu.

“Apabila dengar berita itu saya seakan-akan tidak percaya, adakah saya bermimpi kerana berita itu memang mengubah kehidupan saya dan keluarga,” katanya.

Selepas mendapat kepastian mengenai perkara itu, dia didatangi pegawai BSN Pahang yang berkunjung ke rumahnya di Pekan untuk mengesahka­n mengenai perkara berkenaan sebelum dia diraikan di sebuah hotel di Kuantan dengan menerima replika cek, minggu lalu.

Kata guru Pendidikan Islam itu, amalan menabung sememangny­a tidak merugikan malah membawa kebaikan kepada masyarakat sekiranya kena dengan caranya.

 ??  ??
 ?? Anizah Abdul Hamid ?? ANIZAH (dua dari kanan) menunjukka­n replika cek selepas dipilih menjadi pemenang hadiah wang tunai RM1 juta melalui cabutan SSP BSN. Saya tidak menyangka rezeki yang hadir untuk saya ibarat durian runtuh hingga menjadikan diri jutawan dalam sekelip mata”
Anizah Abdul Hamid ANIZAH (dua dari kanan) menunjukka­n replika cek selepas dipilih menjadi pemenang hadiah wang tunai RM1 juta melalui cabutan SSP BSN. Saya tidak menyangka rezeki yang hadir untuk saya ibarat durian runtuh hingga menjadikan diri jutawan dalam sekelip mata”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia