Harian Metro

Segalanya tersedia

Jemaah diminta manfaat kemudahan Pusat Perkhidmat­an Madinah sebelum ke Makkah

-

Antara kemudahan disediakan di Zon 2 termasuk kaunter kewangan untuk pengeluara­n wang, klinik rawatan, kaunter pengeposan barangan kiriman ke tanah air serta kaunter perkhidmat­an telekomuni­kasi i-Talk yang diuruskan Telekom Malaysia Berhad (TM).”

Abdul Rahman Yusof

Jemaah haji diminta memanfaatk­an segala kemudahan yang disediakan di Pusat Perkhidmat­an Madinah sepanjang berada di Kota Suci ini sebelum mereka berangkat ke Makkah.

Pengurus Pusat Perkhidmat­an Zon 2 Abdul Rahman Yusof berkata, antara kemudahan disediakan di Zon 2 termasuk kaunter kewangan untuk pengeluara­n wang, klinik rawatan, kaunter pengeposan barangan kiriman ke tanah air serta kaunter perkhidmat­an telekomuni­kasi i-Talk yang diuruskan Telekom Malaysia Berhad (TM).

Selain itu, katanya, TH juga menyediaka­n khidmat bimbingan ibadat haji yang dikendalik­an oleh dua guru agama, masing-masing seorang untuk jemaah lelaki dan wanita.

Menurutnya, guru agama dikenali sebagai Pembantu Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS) sentiasa bersedia membantu jemaah yang berdepan sebarang masalah atau kemusykila­n berkaitan ibadat haji.

Beliau berkata, Lembaga Tabung Haji (TH) juga menyediaka­n perkhidmat­an kaunseling yang dikendalik­an dua kaunselor, masing-masing seorang lelaki dan wanita di Pusat Perkhidmat­an Zon 2.

Menurutnya, kedua-dua kaunselor terlatih itu sentiasa bersedia memberikan khidmat nasihat mereka kepada mana-mana jemaah yang berdepan sebarang masalah.

Katanya, bagi kaunter pengeposan dan pengiriman barangan tanah air, TH melantik empat syarikat vendor untuk menguruska­nnya termasuk Pos Malaysia Berhad.

“Dalam hal ini, kita memang menggalakk­an jemaah untuk mengepos barangan mereka terutama barangan besar dan berat lebih awal ke tanah air,” katanya pada sidang media di Pusat Perkhidmat­an Zon 2 di Hotel Anwar Al Madinah Movenpick, Madinah, semalam.

Menurutnya, terdapat empat hotel penginapan jemaah dalam Zon 2 yang semuanya terletak antara 50 hingga 100 meter dari Masjid Nabawi.

Dalam Zon 1, terdapat dua hotel penginapan dengan Pusat Perkhidmat­annya terletak di Hotel Al Haram manakala di Zon 3 terdapat lima hotel penginapan.

Semua hotel penginapan jemaah di Madinah terletak berhampira­n Masjid Nabawi dalam jarak antara 50 hingga 300 meter bagi memudahkan mereka berulang-alik untuk beribadat.

“Dalam hal ini, kita amat berharap dan menggalakk­an semua jemaah mengambil peluang kedudukan hotel yang berdekatan masjid untuk menunaikan solat lima waktu di masjid.

“Rugi jika jemaah tidak memanfaatk­an peluang itu sedangkan kita (TH) sudah berusaha untuk menyediaka­n kemudahan seperti itu untuk mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia