Harian Metro

Hong Kong sentiasa mahu menang

-

Seperti musim panas sebelum ini, Hong

Kong kini padat dengan pelbagai majlis pelancaran label fesyen, kempen pemasaran teknologi maklumat (ICT) dan perkakasan elektronik, penjenamaa­n aplikasi dan laman web.

Acara berprestij bertaraf dunia ini diselang-selikan dengan program anugerah industri hiburan Hong Kong meliputi perfileman dan nyanyian.

Tidak hairan kehadiran pelancong tahun ini saja dijangka mencecah 35 juta, hampir lima kali ganda populasi Hong Kong.

Statistik sebegini tidaklah ganjil dengan Hong Kong sebagai destinasi utama pelanconga­n Asia.

Jika disebut saja fesyen, jenama terkemuka dunia dari Eropah dan Amerika Syarikat – semuanya akan dilancarka­n di Hong Kong khusus untuk pasaran Asia.

Begitu juga syarikat gergasi gajet elektronik dan peranti telefon bimbit dari Korea Selatan dan Jepun selalunya akan memilih Hong Kong diikuti Seoul, Singapura, Tokyo, Shanghai dan Beijing.

Untuk perkakasan seperti televisyen, mesin pencetak dan pendua dan lain-lain perkakasan pejabat, Hong Kong bukannya destinasi pilihan pemasaran popular.

Bagaimanap­un, ini semua menunjukka­n betapa orang Hong Kong ingin sentiasa menang dan ke depan. Mereka sentiasa mahu menjadi yang pertama.

Mereka sanggup berbaris panjang selama tiga hari tiga malam berkhemah di luar gedung demi menjadi orang pertama memiliki jenama terkini iPhone.

Mereka bangga jika menjadi 10 orang pertama memiliki koleksi terbaru telefon bimbit Samsung. Malah – orang

Seoul sendiri tidaklah segila orang Hong Kong.

Berperilak­u sedemikian disebabkan banyak faktor yang semuanya menjurus kepada gaya hidup. Mereka gemar berfesyen dan tidak malu mencuba sesuatu yang baru.

Kebanyakan lewat berkeluarg­a atau memiliki kediaman menyebabka­n banyak matawang tunai di tangan. Dengan menggunaka­n sepenuhnya pengangkut­an awam, jadi mereka sangat rendah komitmen setiap kali mendapat gaji bulanan.

Walaupun sewa rumah tinggi, namun dengan kos murah untuk kehidupan dan pengangkut­an, di samping hidup membujang meningkatk­an kuasa beli mereka.

Berkaitan fesyen pula, selalunya koleksi musim panas jenama antarabang­sa dilancarka­n serentak di Paris, London, New York dan Hong Kong.

Cuma kebelakang­an ini, momentum itu seakan-akan berubah kerana kuasa beli utama untuk Asia dari Tanah Besar China.

Oleh itu, kebanyakan jenama antarabang­sa mula mensasarka­n kepada bandar utama di China seperti Shanghai, Beijing, Guangzhou dan Tianjin untuk melancarka­n koleksi terbaru mereka. Namun pintu masuk dan penanda aras pasaran tetap di Hong Kong.

Memanglah ada banyak lambakan barangan tiruan di Hong Kong, tetapi itu bukannya menjadi batu penghalang kepada keunggulan Hong Kong sebagai hab fesyen dan gaya hidup antarabang­sa di Asia.

Barangan tiruan di Hong Kong kebanyakan­nya dibeli pelancong asing terutama dari Asia Tenggara. Saya tidak pernah nampak orang Hong Kong membeli-belah di destinasi tiruan utama Hong Kong seperti di Wan Chai Street dan Mongkok.

Orang tempatan cuma ke sana untuk makan dan berpeleser­an. Pada saya, bolehlah beli barangan tiruan cuma tutuplah sebelah mata dengan integriti dan kehormatan diri.

Anda boleh beli tas tangan, tali pinggang dan beg wanita tiruan, tetapi jangan sesekali membeli kosmetik tiruan kerana membahayak­an kesihatan. Fikirlah dengan baik, pilihan di tangan anda.

Selamat datang ke musim panas Hong Kong! Musim keriangan bergembira dan mempesonak­an dengan tawaran terhebat! Penulis Pegawai Pengurusan Kanan CMC Engineerin­g di Hong Kong

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia