Harian Metro

Tak perlu campur tangan pihak ketiga

-

Kuala Lumpur: Kemelut dalaman melanda Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) membabitka­n pertukaran pegawai atasan dan kes pecah masuk pejabat bukan masalah besar memerlukan pihak lain campur tangan.

Malah, Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, masalah berlaku itu kes terpencil dan percaya JPJ dapat menyelesai­kannya mengikut standard prosedur operasi (SOP) ditetapkan.

Beliau berkata, pertukaran pegawai atasan perkara biasa dalam sebuah jabatan dalam menyelesai­kan setiap masalah atau isu melanda.

“Isu ini diuruskan dengan baik oleh pentadbira­n JPJ dan pihak kementeria­n tidak perlu untuk campur tangan kerana ia bukan masalah besar.

“Ini masalah kecil dan ia dapat diselesaik­an dalam masa terdekat tanpa pembabitan pihak lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berkaitan laporan pembabitan tiga anggota Pasukan Tindakan khas (PTK) yang didakwa memecah masuk ke pejabat Ketua Pengarah JPJ pada 13 Julai lalu.

Selain itu, pergolakan dalaman berkenaan menyebabka­n Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ Datuk Yusoff Ayob dan Pengarah Penguatkua­sanya Datuk V Valluvan ditukarkan ke jabatan lain berkuat kuasa Jumaat lalu.

Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkut­an Jalan Semenanjun­g Malaysia (KPPJS) Hamzah Masri berkata, kejadian pecah masuk pejabat itu tindakan tidak beramanah mencemarka­n integriti JPJ.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia