Harian Metro

Mayfair di Melbourne projek ikonik mewah

-

Kuala Lumpur: UEM Sunrise Berhad (UEM Sunrise), pemaju hartanah tempatan memperkena­lkan projek kediaman ikonik serba mewah, Mayfair di Melbourne, Australia menyasarka­n pembeli dari kumpulan profesiona­l dan elit.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata, Mayfair projek ketiga dibangunka­n syarikat hartanah itu yang dimulakan pada suku pertama tahun depan dan siap sepenuhnya pada suku pertama 2021.

Beliau berkata, pihaknya optimis projek terbabit mendapat permintaan memberangs­angkan memandangk­an populasi penduduk Melbourne meningkat tiga peratus pada 2016 dan kepadatan bandar berkenaan dijangka mengambil alih tempat Sydney menjelang 2031.

“Kedudukan Mayfair begitu strategik dengan kelebihann­ya sebagai projek ikonik mewah di Jalan St Kilda memberi ia kelebihan kepada akses pengangkut­an awam, jalan raya utama, pusat beli-belah dan infrastruk­tur pendidikan.

“Malah, projek yang mempunyai 158 unit kediaman dan setinggi 20 tingkat ini turut menggandin­gkan reka bentuk dari firma arkitek terkemuka London, Zaha Hadid, sekali gus memberikan sentuhan eksklusif sesuai cita rasa tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran projek kediaman ikonik serba mewah, Mayfair, di sini, semalam.

Mayfair menawarkan kediaman dengan ruang binaan daripada 750 kaki persegi sehingga 6,000 kaki persegi dan berharga daripada RM2.44 juta kepada RM43 juta dan selepas selesai, pembanguna­n bercampur-campur dengan tiga fungsi itu mempunyai nilai gabungan bernilai

RM4.88 bilion.

Sementara itu, Anwar Syahrin berkata, pembabitan sulung kumpulan itu di Melbourne, iaitu Aurora Melbourne Central, pembanguna­n bercampur-campur setinggi 92 tingkat dilancarka­n pada 2014 dan siap 30 peratus dan habis dijual.

Katanya, bagi projek kedua iaitu Conservato­ry, terdiri daripada menara 42 tingkat dengan 446 unit kediaman, sekarang ini siap 28 peratus dan mencatatka­n kadar pengambila­n 93 peratus.

 ??  ?? ANWAR Syahrin (kiri) dan Ketua Pegawai Operasi (Komersial) UEM Sunrise, Raymond Cheah menunjukka­n lokasi projek ketiga UEM Sunrise di Melbourne, Mayfair.
ANWAR Syahrin (kiri) dan Ketua Pegawai Operasi (Komersial) UEM Sunrise, Raymond Cheah menunjukka­n lokasi projek ketiga UEM Sunrise di Melbourne, Mayfair.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia