Harian Metro

Tak minat lawat AS

Duterte anggap Amerika Syarikat negara teruk

- Agensi

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berkata, dia tidak akan melawat Amerika Syarikat (AS) sepanjang menjadi presiden.

Dia juga memberitah­u, dia pernah ke Amerika dan negara itu teruk.

Duterte membuat kecaman terbaru terhadap Amerika Syarikat selepas ditanya di satu sidang akhbar mengenai ancaman anggota Kongres AS, Jim McGovern untuk mengetuai tunjuk perasaan jika Duterte menerima pelawaan Presiden Donald Trump untuk melawat Washington.

“Saya tidak akan melawat Amerika selagi menjadi presiden, atau selepas itu. Apa yang menyebabka­n dia (McGovern) fikir saya akan ke negara itu? Saya pernah ke sana dan ia teruk,” kata Duterte kepada wartawan.

Senator berkenaan bercakap di Kongres di Washington Khamis lalu, menyelar perang dadah yang dilancarka­n Duterte sehingga menyebabka­n lebih 7,000 suspek penagih dan pengedar dadah dibunuh di Filipina.

Kematian itu didakwa dilakukan polis dan juga sukarelawa­n tidak dikenali.

Banyak kumpulan hak asasi menyelar kecenderun­gan Duterte menyasarka­n kawasan miskin dalam kempennya itu.

Duterte juga berkata, dia berminat menyiasat salah laku Amerika Syarikat.

“Kamu menyiasat saya dan hal ehwal dalam negara saya? Saya juga akan menyiasat kamu dan saya akan dedahkan kepada dunia mengenai apa yang kamu lakukan kepada rakyat Filipina, khususnya bangsa Moro di Filipina,” kata Duterte.

Dia dipercayai merujuk kepada Pertempura­n Bud Dajo pada 1906 di pulau Jolo yang menyaksika­n tentera Amerika membunuh lebih 600 penduduk Moro.

Kenyataan Duterte itu membayangk­an, dia tidak mungkin menerima pelawaan Presiden Trump.

 ??  ?? DUTERTE
DUTERTE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia