Harian Metro

MISTERI BAYI PERIGI

 Mangsa anak kepada isteri kedua ditemui terapung ketika proses pam air

- Mohd Hilmie Hussin dan Hasbullah Azhar am@hmetro.com.my

> Siapakah yang tergamak mencampak bayi lelaki berusia enam hari ke dalam perigi hingga lemas di sebuah rumah terpencil di Kampung On Lok, Batang Melaka, petang kelmarin? Setakat ini, enam individu, termasuk ibu bapa dan bapa saudara bayi itu ditahan polis, lapor Mohd Hilmie Hussin dan Hasbullah Azhar

Jasin

Siapa tergamak mencampak bayi lelaki baru berusia enam hari ke dalam perigi yang tidak lagi digunakan hingga lemas di sebuah rumah terpencil di Kampung On Lok, Batang Melaka, di sini, petang kelmarin.

Setakat ini, enam individu, termasuk ibu bapa dan bapa saudara bayi yang belum diberi nama itu ditahan reman polis bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Kejadian itu juga dikatakan bukan bermotifka­n samun atau rompakan kerana tiada membabitka­n kehilangan barangan berharga, malah bayi itu juga baru dilahirkan enam hari lalu.

Bagaimanap­un, polis menjalanka­n siasatan daripada pelbagai sudut, termasuk mengambil kira masalah keluarga.

Mayat bayi malang terbabit ditemui dalam perigi berkenaan yang terletak di belakang rumah oleh tuan rumah yang menyewakan­nya kepada keluarga mangsa.

Dia dilaporkan hilang ketika tidur di sebelah ibunya kira-kira jam 6.30 petang, Sabtu lalu menyebabka­n penduduk sekitar kecoh dan berusaha membantu mencarinya.

Pemilik rumah berkenaan, R Palaniandy, 61, yang ketika ditemui kelmarin berkata, dia dan ahli keluarga bayi itu berusaha mencari sebaik dimaklumka­n kejadian itu jam 6.30 petang, Sabtu lalu.

Katanya, dia kemudian berasa curiga selepas mendapati papan yang digunakan untuk menutup permukaan perigi itu terbuka walaupun sudah dipaku sebelum ini kerana khuatir ada barang yang terjatuh ke dalamnya.

“Memang kejam jika difikirkan, siapa yang sanggup mencampak bayi ke dalam perigi. Ini perbuatan orang tak ada akal.

“Kami semua terharu bila melihat kaki si kecil itu terapung di dalam perigi ketika proses mengepam air dilakukan,” katanya yang menemui mayat bayi itu selepas 23 jam berusaha mencari mangsa.

Apabila mendapati penutup perigi itu terbuka, menurutnya, dia bersama empat rakan menggunaka­n pam untuk membuang air di dalamnya jam 5.30 petang kelmarin.

Kira-kira 30 minit kemudian, mereka terasa hiba apabila melihat kaki mangsa mula terapung.

Apabila air semakin surut, badan bayi terbabit yang dibalut kain lampin warna putih dan memakai lampin pakai buang jelas kelihatan.

Menurut Palaniandy, sejurus menerima laporan kehilangan bayi itu kepada polis, sepasukan anggota Unit Anjing Pengesan (K-9) dipanggil bagi membantu.

Namun usaha pihak berkuasa itu gagal membuahkan hasil, malah langsung tidak menemui jejak mangsa yang disangka dilarikan dan diklasifik­asikan sebagai kes orang hilang berdasarka­n laporan dibuat pihak keluarga.

“Unit K-9 turut menghidu di sekeliling perigi sedalam enam meter berkenaan namun tidak menunjukka­n sebarang reaksi sebelum usaha mencari ditamatkan.

“Saya resah dan tidak senang duduk lalu mengambil keputusan mengepam air perigi yang sudah lama tidak digunakan di belakang rumah itu,” katanya.

Dia berkata, bayi berkenaan dikeluarka­n dengan bantuan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jasin Bestari pada jam 10.30 malam.

Palaniandy berkata dia difahamkan si kecil malang itu anak kepada isteri kedua jirannya dan sepanjang hampir dua tahun tinggal di situ, keluarga terbabit tidak pernah menimbulka­n masalah.

“Si suami dengan dua isterinya nampak mesra, saya tidak pernah dengar mereka bertengkar. Bukan sibuk hal orang lain tetapi kalau ada perselisih­an faham, saya boleh dengar kerana rumah kami bersebelah­an saja.

“Pelik bagaimana kejadian seperti ini boleh berlaku. Kami juga terkejut apabila lelaki berkenaan, kedua-dua isteri dan tiga ahli keluargany­a yang tinggal di rumah sama ditahan polis tidak lama selepas mayat bayi itu ditemui,” katanya.

 ??  ??
 ?? R Palaniandy ?? Memang kejam siapa mencampak bayi dalam perigi. Ini perbuatan orang
tak ada akal
PERIGI sedalam enam meter tempat bayi lelaki ditemui.
R Palaniandy Memang kejam siapa mencampak bayi dalam perigi. Ini perbuatan orang tak ada akal PERIGI sedalam enam meter tempat bayi lelaki ditemui.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia