Harian Metro

TETAMU ALLAH

10 tahun tunggu giliran Kumpulan pertama tiba di Madinah

- Suraya Roslan dan Mohd Hanafis Haris am@hmetro.com.my

 Tukang kebun bersyukur dapat menunaikan haji hasil tabungan lima anak mereka setiap bulan

Hanya perkataan syukur dapat dizahirkan bagi pasangan suami isteri ini selepas penantian lebih 10 tahun untuk menunaikan haji akhirnya dimakbulka­n Allah SWT.

Tukang kebun, Saleh Md Piah, 68, dan isteri, Norsiah Aini, 68, juga berterima kasih kepada lima anak mereka yang menabung wang setiap bulan ke akaun pasangan ini.

Saleh berkata, sebaik menerima surat tawaran menunaikan rukun Islam kelima itu, hanya linangan air mata dapat dizahirkan selepas menunggu dalam tempoh agak lama.

“Terima kasih kepada anak yang merealisas­ikan impian kami untuk mengerjaka­n ibadat ini walaupun pelbagai kesukaran perlu kami lalui.

“Kami menabung sejak 2007 dan sememangny­a 2017 adalah tahun bertuah buat kami berdua,” katanya.

Mereka antara 420 jemaah kumpulan kedua yang menaiki pesawat Flynas XY01B akan mengerjaka­n haji tahun ini.

Sementara itu, berbeza dengan pengalaman jemaah haji ini yang berpeluang menunaikan rukun Islam kelima sebanyak tiga kali menaiki tiga kenderaan berbeza.

Muhtar Osmin, 68, berkata, pada usianya 19 tahun, dia berpeluang menunaikan haji dan menempuh perjalanan ke Tanah Suci menggunaka­n kapal laut.

“Saya kemudian menunaikan haji kali kedua pada usia 29 tahun dan ketika itu bas menjadi pengangkut­an utama berikutan saya berada di Baghdad, Iraq atas urusan peribadi.

“Alhamdulil­lah, tahun ini saya sekali lagi dipilih menjadi tetamu Allah dengan menaiki pesawat penerbanga­n selepas melalui dua pengalaman cukup ‘manis’,” katanya yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor.

Menurutnya, perjalanan menaiki kapal laut adalah kenangan paling tidak dapat dilupakan kerana cabarannya lebih besar berbanding pengangkut­an lain.

“Jemaah dari pelbagai negara ketika itu perlu menyesuaik­an diri dengan keadaan di atas kapal kerana tiada kelibat daratan akan dilihat sepanjang perjalanan.

“Tempoh perjalanan pula bergantung pada kelajuan kapal, ada kalanya mengambil masa seminggu dan tidak kurang dua minggu. Perjalanan saya ketika itu hanya mengambil masa enam hari,” katanya. Bapa kepada empat cahaya mata itu berkata, cabaran ketika itu adalah sejauh mana badan mampu bertahan dalam kapal.

“Badan

selalunya cepat letih, malah mental juga kena kuat berikutan kita tidak akan nampak darat sepanjang perjalanan. Hanya laut saja pemandanga­n kami ketika itu.

“Di sebalik dugaan ini, saya bersyukur kerana diberi peluang merasai ketiga-tiga pengangkut­an dalam menuju ke Tanah Suci. Tahun ini saya berpeluang naik kapal terbang pula malah Tuhan beri saya rezeki untuk sama-sama menunaikan haji bersama isteri tercinta, Siti Masamah Abd Salam, 52, dan tiga lagi saudara kami,” katanya.

 ??  ?? AIR mata selamat tinggal daripada ahli keluarga kepada jemaah haji yang berlepas, semalam.
AIR mata selamat tinggal daripada ahli keluarga kepada jemaah haji yang berlepas, semalam.
 ??  ?? SALEH bersama isteri membuat persiapan akhir di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya.
SALEH bersama isteri membuat persiapan akhir di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? JEMAAH haji membaca doa ketika majlis mengucapka­n selamat jalan kepada lebih 400 jemaah haji Malaysia, semalam.
JEMAAH haji membaca doa ketika majlis mengucapka­n selamat jalan kepada lebih 400 jemaah haji Malaysia, semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? NAJIB bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor beramah mesra bersama jemaah haji.
NAJIB bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor beramah mesra bersama jemaah haji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia