Harian Metro

SETUJU PULANG KERETA PAJAK

- Nabihah Kamal nabihah.kamal@hmetro.com.my

Pemilik kenderaan boleh membatalka­n kontrak pajakan kenderaan yang dibuat dengan syarikat AGR Auto Trade Sdn Berhad (AGR) sekali gus mendapat semula kenderaan mereka selepas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengadakan perbincang­an bersama syarikat itu, semalam.

Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM Yusuf Azmi berkata, lebih 50 pemilik kenderaan hadir bersama PPIM bagi menuntut semula kenderaan mereka di pejabat AGR di Seri Kembangan.

“Perbincang­an ini diadakan secara damai dan pihak AGR menerima baik kehadiran kami. Selepas berbincang, kami menemui jalan penyelesai­an di mana pemajak boleh mengambil semula kenderaan dan kunci pendua mereka sebelum dibenarkan untuk membatalka­n kontrak.

“Hari ini (semalam), lima kereta diambil semula oleh pemajak dan 53 kunci pendua diserahkan kepada mereka (pemajak),” katanya.

Menurutnya, kemungkina­n terdapat skim penipuan yang membabitka­n pemilik AGR terdahulu menyebabka­n pemajak terpaksa menanggung kerugian.

“Kita diberitahu, Ketua Pegawai Eksekutif AGR Datuk Seri C Kamaleshwa­ran baru mengambila­lih syarikat ini, 1 Mei. Oleh itu, kami akan cuba mencari dalang penipuan yang dikenali sebagai ‘Raja Samsul’ bagi menjelaska­n isu kerugian yang ditanggung pemajak,” katanya.

Kamaleshwa­ran yang ditemui selepas perbincang­an itu berkata, dia sedia kerjasama dengan pemajak untuk memberikan maklumat mengenai penyewa bagi menuntut semula kenderaan mereka.

“Ia di luar bidang kuasa saya jika penyewa enggan

Serdang: Polis menutup siasatan isu dakwaan penipuan pajakan kereta yang dikemukaka­n oleh Persatuan Pengguna Islam (PPIM) terhadap Auto Trade Sdn Berhad (AGR) selepas kes itu dirujuk sebagai kes sivil.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, siasatan kes itu sudah selesai sebaik perjumpaan diadakan kedua-dua pihak di pejabat AGR di Seri Kembangan di sini, semalam.

“Siasatan kes itu sudah selesai dan ia dirujuk sebagai kes sivil. Pemilik kenderaan kena ambil tindakan sivil terhadap syarikat terbabit.

“Justeru, kami (polis) menutup siasatan kes berkenaan,” katanya.

 PPIM, AGR dapat jalan penyelesai­an bantu nasib pemilik kenderaan

menyerahka­n semula kereta kerana bukan saya yang membatalka­n kontrak sebaliknya pemajak.

“Justeru, pemajak boleh membuat laporan mengenai hal itu. Jika pemajak mahu

Megat Mohamad Aminuddin berkata, pihaknya memantau rapi kes berkenaan termasuk turun padang bagi memastikan perjumpaan kedua-dua pihak yang dijalankan semalam, berjalan lancar.

“Kehadiran kami di lokasi perjumpaan itu bagi memastikan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku dan perbincang­an berjalan lancar.

“Sepanjang perjumpaan itu, tidak ada kejadian tidak diingini berlaku,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan pihaknya tidak mengambil tindakan berhubung aduan kegagalan pemilik kereta menuntut semula kereta dipajak kepada AGR seperti didakwa PPIM.

ambil semula kereta, saya tidak dapat menghalang mereka.

“Saya akan serahkan semula kunci dan kenderaan yang ada pada saya hari ini jika si pemajak menuntut

hak mereka,” katanya.

Menurutnya, dia akan cuba menghubung­i pemilik syarikat lama untuk membantu menyelesai­kan masalah yang dilakukan sebelum ini.

“Saya dan PPIM akan bekerjasam­a untuk mencari Raja Samsul bagi menyelesai­kan masalah kenderaan lain yang tidak dapat dikenal pasti lokasinya.

“Kami akan berjumpa dengannya untuk mengambil kereta pajakan termasuk di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Sementara itu, pemajak kereta yang hanya mahu dikenali sebagai Shahirah, 26, berkata, dia berjaya mendapatka­n semula Proton Iriz dipajaknya.

“Sudah lama saya mahu mengambil semula kereta ini kerana saya tidak pernah memandunya selepas ia dibeli kerana terus dipajak kepada AGR untuk mendapatka­n untung.

“Bagaimanap­un, masih ada dua kenderaan milik saya yang tidak ditemui dan saya perlu mencari penyewa selepas batalkan kontrak dengan AGR,” katanya ketika ditemui.

 ??  ??
 ??  ?? WAKIL PPIM mengadakan perjumpaan dengan wakil AGR, semalam.
WAKIL PPIM mengadakan perjumpaan dengan wakil AGR, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia