Harian Metro

MANGSA KELIMA RABIES MENINGGAL

 Keluarga mangsa keliru bagaimana wabak anjing gila melanda kampung mereka

- Shamran Sarahan shamss@hmetro.com.my

Suasana sayu dan hiba menyelubun­gi pekarangan kediaman mendiang Tinding Lampang, 52, di Kampung Remun, Gedong, di sini, semalam, selepas dia disahkan meninggal dunia akibat jangkitan wabak rabies atau penyakit anjing gila, malam kelmarin.

Ahli keluarga, jiran dan penduduk kampung memenuhi pekarangan rumah mendiang sejak jam 11 malam kelmarin, selepas mayat Tinding diserahkan Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching kepada keluargany­a.

Mendiang yang juga bapa kepada dua anak meninggal dunia jam 10.43 malam di HUS apabila ahli keluarga bersetuju menghentik­an bantuan pernafasan­nya dipercayai akibat kegagalan fungsi otak.

Abang ipar mendiang, Patis Jangga, 57, berkata, mereka sekeluarga terkilan dengan kehilangan mangsa yang disifatkan sebagai terlalu mengejutka­n.

“Kami sedih dengan kehilangan mendiang dan pada masa sama, keliru bagaimana virus maut (rabies) boleh tersebar di kampung kami sehingga mengorbank­an nyawa,” katanya.

Mengimbas kembali jangkitan rabies yang meragut nyawa mendiang, Patis berkata, Tinding berada di rumah bapanya di kampung yang sama ketika digigit anjing, Mei lalu.

Menurutnya, anjing yang menggigit mendiang itu adalah haiwan peliharaan bapanya dan mati selepas beberapa hari menggigit mangsa.

“Luka kesan gigitan anjing itu cukup dalam pada kaki kiri mendiang. Kami sekeluarga berulang kali memintanya mendapatka­n rawatan yang sewajarnya, tetapi mendiang mengambil ringan nasihat kami,” katanya.

Pada pertengaha­n Julai lalu, keadaan kesihatan Tinding semakin teruk sebelum dikejarkan ke HUS apabila mendiang berasa kebas dari bahagian pinggang ke bawah.

“Mendiang tidak sedarkan diri sejak itu dan Doktor berusaha menyelamat­kan Tinding, namun sudah terlambat,” katanya.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah melalui kenyataan medianya berkata, penyebab kematian mangsa yang dilaporkan positif virus itu pada 18 Julai lalu adalah akibat jangkitan rabies dengan

pulmonary tuberculos­is atau batuk kering yang menyerang paru-paru dan dikenali sebagai Tibi Pulmonari.

“Setakat ini (semalam), lima kes dalam kalangan manusia disahkan positif rabies dan semuanya meninggal dunia,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? LOKASI mangsa digigit anjing peliharaan bapanya.
LOKASI mangsa digigit anjing peliharaan bapanya.
 ??  ?? PATIS
PATIS
 ??  ?? TINDING
TINDING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia