Harian Metro

4,324 murid tadika teruja pusing Kaabah

-

Shah Alam: “Seronok dapat pusing Kaabah, pakai pakaian ihram dan kawan-kawan pun ramai,” kata Adib Zakuan Mohd Ariffin, 6, yang mengikuti program Little Hajj 2017 di padang Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Seksyen 7, di sini, semalam.

Adib Zakuan adalah seorang daripada murid tadika Little Caliphs, Taman Dagang yang menyertai Simulasi Ibadah Haji membabitka­n 4,324 murid tadika berusia enam tahun dari Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Menurutnya, itu pengalaman baru bagi dirinya dan dia gembira kerana mereka diberi peluang sebegitu.

“Sebelum ini tak pernah, lepas ini saya mahu ajak ayah dan ibu mengunjung­i Kaabah,” katanya.

Bagi Sharifah Raihah Syed Muhammad Arafat, 6, dia teruja melihat Kaabah yang dibina di tengah padang kerana dia seakan-akan berada di Makkah.

“Seperti hendak pergi haji, saya seronok kerana dapat pusing Kaabah,” katanya.

Program serentak di lima zon di Semenanjun­g Malaysia anjuran Little Caliphs Internatio­nal Sdn Bhd (LCISB) bersama Koperasi Ukhuwah Little Caliphs Berhad (KULCB) itu membabitka­n 212 tadika kendaliann­ya.

Ketua Pegawai Eksekutif LCISB Roslan Nordin berkata, program dibuat bagi mendedahka­n kepada peserta dengan keadaan sebenar iaitu sebelum dan ketika mengerjaka­n haji bagi memastikan mereka memahami mengenai konsep sebenar Rukun Islam kelima itu sejak kecil.

“Semua peserta memakai ihram dan urus setia turut menyediaka­n replika Kaabah, kaunter Imigresen, tempat wukuf, mengutip batu dan melontar jamrah, Bukit Safa dan Marwah serta kawasan bertahallu­l seperti keadaan sebenar mengerjaka­n haji,” katanya.

Program Little Hajj 2017 tadika Little Caliphs mencatat nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Penyertaan Serentak Terbesar oleh Kanak-kanak Untuk Simulasi Haji.

 ??  ?? MURID tadika Little Caliphs pada program Little Hajj 2017 di padang Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Seksyen 7, semalam.
MURID tadika Little Caliphs pada program Little Hajj 2017 di padang Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Seksyen 7, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia