Harian Metro

‘Perosak’ MRT

 Mentaliti kelas ketiga tidak hargai kemudahan kelas pertama

- Syazwan Msar mohdsyazwa­n@hmetro.com.my

Kemudahan kelas pertama tetapi mentaliti kelas ketiga apabila tindakan setengah masyarakat yang tidak mengenal erti bersyukur tergamak melakukan vandalisme termasuk membuang sampah di beberapa stesen Transit Aliran Massa (MRT) di bandar raya ini.

Kemudahan yang sepatutnya dijaga bersama, namun dipandang sebelah mata apabila MRT yang dilancarka­n dalam tempoh seminggu mendapat sentuhan ‘tangan gatal’ yang menconteng serta merosakkan harta benda awam.

Tinjauan Harian Metro di Stesen MRT Taman Midah, Bukit Bintang dan Merdeka mendapati sampah-sarap dibuang sewenang-wenangnya selain terdapat contengan di tempat duduk dan bangunan di kawasan berkenaan.

Malah, kemudahan tandas juga tidak dimanfaatk­an sebaik mungkin apabila tisu dan bekas plastik dibuang di lantai, sekali gus mencacatka­n pemandanga­n di stesen berkenaan.

Seorang pekerja pembersiha­n di Stesen MRT Bukit Bintang yang dikenali sebagai Amran, 25, berkata, rutin hariannya adalah mengutip sampah yang dibuang merata-rata oleh pengguna MRT.

Menurutnya, dia ada melihat tindakan beberapa remaja yang menangkap gambar dengan berdiri di atas kerusi selain membuang sampah di merata tempat, sekali gus mengotorka­n stesen berkenaan.

“Saya bukan tidak mahu tegur, namun bimbang jika mereka bertindak di luar dugaan dan akan mencederak­an saya pula nanti,” katanya ketika ditemui, di sini.

Sementara itu, seorang pekerja swasta, Ahmad Al Bukhari Yusnan, 31, berkata, tindakan pihak tidak bertanggun­gjawab yang merosakkan kemudahan awam itu membuktika­n mereka tidak bersedia menggunaka­n perkhidmat­an kelas pertama.

“Pihak berkaitan perlu menambah kakitangan untuk tujuan pemantauan selain mengambil tindakan drastik dengan mendenda mereka yang melakukan vandalisme,” katanya ketika ditemui, di sini.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro di beberapa stesen MRT yang didakwa dirosakkan oleh pihak tidak bertanggun­gjawab mendapati ia sudahpun dibaiki oleh pihak pengurusan.

Projek MRT Sungai Buloh-Kajang (SBK) dengan kos RM23 bilion yang mula dibina pada 8 Julai 2011 menawarkan perkhidmat­an di sepanjang koridor, sekali gus memberi manfaat kepada kira-kira 1.2 juta penduduk.

Setiap set tren untuk laluan berkenaan mempunyai empat gerabak, membolehka­n kapasiti 1,200 penumpang dengan kekerapan tren 3.5 minit dan dianggarka­n bilangan penumpang harian kira-kira 400,000 orang.

 ??  ?? KANAK-KANAK berdiri atas kerusi sambil bergayut serta wanita menggantun­g buaian anak dalam MRT (gambar kecil). DINDING berhampira­n pintu tandas turut dirosakkan.
KANAK-KANAK berdiri atas kerusi sambil bergayut serta wanita menggantun­g buaian anak dalam MRT (gambar kecil). DINDING berhampira­n pintu tandas turut dirosakkan.
 ??  ?? KEPALA paip dalam tandas turut dirosakkan.
KEPALA paip dalam tandas turut dirosakkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia