Harian Metro

Ibu bapa bayi antara enam direman 7 hari

-

Jasin: Tiga lelaki dan tiga wanita direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat bayi berusia enam hari dalam perigi di belakang sebuah rumah di Kampung On Lok, Batang Melaka, di sini, kelmarin.

Terdahulu, keenam-enam suspek tiba di pekarangan Mahkamah Jasin kira-kira jam 9 pagi sebelum perintah reman dikeluarka­n Majistret Suzanna Mokhtar.

Semua enam suspek berusia 16 hingga 30-an termasuk ibu dan bapa bayi terbabit ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superinten­dan Arshad Abu berkata, pihaknya menunggu laporan penuh bedah siasat daripada Hospital Melaka sebelum meneruskan siasatan lanjut.

“Semua suspek yang ditahan untuk membantu siasatan kes ini mempunyai tali persaudara­an dan suami isteri. Pasangan berkenaan turut dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk membuat pengecaman sebelum bedah siasat terhadap mangsa dimulakan, pagi tadi (semalam).

“Pemeriksaa­n mendapati jarak antara rumah suspek dan perigi lokasi bayi malang itu ditemui hanya dua meter saja,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, pasangan suami isteri dipercayai ibu bapa bayi berkenaan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk membuat pengecaman mayat selepas perintah reman dikeluarka­n ke atas mereka.

Suami isteri berusia 30 dan 20 tahun itu tiba di Hospital Melaka kira-kira jam 10.30 pagi dan dibawa masuk ke bilik mayat, namun polis enggan mengesahka­n sama ada pasangan terbabit mengaku mayat berkenaan bayi mereka atau sebaliknya.

Sementara itu, tinjauan mendapati tidak ada ahli keluarga atau waris menunggu untuk menuntut mayat bayi malang berkenaan di Jabatan Forensik Hospital Melaka.

 ?? FOTO: MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER ?? SUSPEK dibawah ke mahkamah untuk mendapatka­n perintah tahanan reman.
FOTO: MUHAMMAD ZUHAIRI ZUBER SUSPEK dibawah ke mahkamah untuk mendapatka­n perintah tahanan reman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia