Harian Metro

Anugerah terindah penantian 40 tahun

-

Kota Bharu: “Dijemput menjadi tetamu Allah menunaikan ibadat haji tahun ini adalah anugerah terindah dalam hidup saya selepas 40 tahun menanti,” kata warga emas, Abdullah Ali, 76.

Dia antara 160 jemaah haji dari Kelantan yang menjadi kumpulan pertama berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa

Kuala Lumpur (KLIA) ke Madinah, jam 5 pagi semalam.

Abdullah berkata, dia bersyukur kerana dapat menyempurn­akan Rukun Islam kelima itu bersama isterinya, Jamilah

Mohamad, 65, anak perempuan, Syarifah Abdullah, 37, dan menantunya, Nik Nor Jaini Mokhtar, 41.

Katanya, wang untuk menunaikan ibadat haji diperoleh hasil titik peluhnya sendiri dengan melakukan pelbagai kerja kampung termasuk mengambil upah memotong getah, bersawah padi dan menanam pisang.

“Pada ketika itu, hanya kerja kampung yang dapat saya lakukan untuk menyara enam anak dan lebihan wang disimpan di dalam Tabung Haji.

“Alhamdulil­lah selepas sekian lama mengumpul wang, akhirnya hasrat saya dan keluarga untuk menunaikan ibadat haji tercapai.

“Saya hanya mampu mengalirka­n air mata sebaik menerima surat daripada Tabung Haji pada Disember lalu dan terpilih untuk menjadi tetamu Allah selepas rayuan diterima,” katanya ketika ditemui di Kompleks Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) Panji.

Sementara itu, jemaah haji termuda, Mohamad Adiputra Romli, 20, penuntut Politeknik Kota Bharu menzahirka­n rasa syukur dan gembira apabila dapat menunaikan ibadat haji bersama ibu bapa serta empat adik-beradiknya.

“Dari segi persediaan kewangan untuk menunaikan ibadat ini, ibu dan ayah membantu mengumpul wang sedikit demi sedikit ketika saya berumur 10 tahun hingga mencukupi jumlah yang dimaklumka­n oleh TH.

“Sepanjang berada di sana, saya akan mempraktik­kan ilmu yang dipelajari semasa menghadiri kursus haji selain pembacaan melalui buku bagi membolehka­n saya menyempurn­akan ibadat ini dengan sempurna,” katanya.

Saya hanya mampu mengalirka­n air mata sebaik menerima surat daripada Tabung Haji ”

Abdullah

 ??  ?? ABDULLAH bersama isteri yang akan menunaikan ibadat haji ketika ditemui di Kompleks MAIK Panji.
ABDULLAH bersama isteri yang akan menunaikan ibadat haji ketika ditemui di Kompleks MAIK Panji.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia