Harian Metro

Rangkaian IT lebih mantap

-

 Tabung Haji tambah baik Bahagian Teknologi Maklumat bagi kelancaran operasi

Bagi memastikan perjalanan operasi haji musim 1438 Hijrah berjalan lancar, Bahagian Teknologi Maklumat (IT) Lembaga Tabung Haji (TH) melaksanak­an beberapa penambahba­ikan pada tahun ini.

Pengarah Operasi Teknologi Maklumat TH 1438 Hijrah Za’aba Arpan berkata, antara penambahba­ikan, buat pertama kali TH menggunaka­n talian gentian optik di ibu pejabat di Janadriyah, Makkah.

Beliau berkata, pihaknya sudah melakukan ujian simulasi semua aplikasi utama sistem dan infrastruk­tur IT bagi operasi haji sejak 13 Julai lalu dan ia berjalan lancar.

Menurutnya, pihaknya sudah membuat persiapan operasi haji kali ini sejak awal tahun bagi memastikan semua infrastruk­tur, talian dan sistem berfungsi dengan baik.

Katanya, berikutan pertambaha­n bilangan jemaah kepada 30,200 orang pada tahun ini berbanding tahun lalu, pihaknya menjangkak­an keperluan berkaitan IT meningkat 35 peratus.

Beliau berkata, bagi menambah baik sistem rangkaian, pihaknya tetap menggunaka­n khidmat tiga operator telekomuni­kasi Arab Saudi iaitu STC, Mobily dan Zain.

“Tahun ini kali pertama kami menggunaka­n talian gentian optik di ibu pejabat TH di Janadriyah.

“Tahun lalu, kami menggunaka­n talian digital ADSL (Asymmetric Digital Subscriber Line). Hasil ujian dijalankan mendapati ia membantu meningkatk­an lagi kualiti keseluruha­n rangkaian,” katanya pada sidang media di Pusat Operasi Haji Madinah, semalam.

Menurutnya, tahun ini, 800 peralatan termasuk 70 komputer peribadi (PC) baru, komputer riba dan pencetak akan digunakan bagi menyediaka­n perkhidmat­an sokongan IT kepada pelbagai unit lain, sekali gus melancarka­n operasi haji.

Katanya, penambahba­ikan yang dilakukan itu membolehka­n segala maklumat dan data berkaitan musim haji kali ini dapat dihantar ke ibu pejabat di Kuala Lumpur mengikut masa sebenar (real time).

Za’aba berkata, sistem aplikasi utama yang perlu dipastikan berjalan lancar ialah sistem pengeluara­n wang yang kini hanya menggunaka­n pengesahan 10 cap jari, mengemas kini maklumat dan data haji ke ibu pejabat serta sistem haji secara keseluruha­n.

“Cabaran utama di Arab Saudi ialah sambungan Internet terutama menjelang Wukuf di Arafah.

“Kami akan cuba meminimumk­an risiko dengan menggunaka­n khidmat tiga syarikat telekomuni­kasi Arab Saudi. Bagaimanap­un, dalam beberapa tahun lalu, tiada masalah besar yang berlaku.

“Apapun kami akan menguji sistem seminggu sebelum Wukuf bagi memastikan semuanya berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata, pada musim haji kali ini, pihaknya mempunyai 17 kakitangan iaitu seorang di Jeddah, Madinah (dua) dan baki 14 orang lagi di Makkah.

 ??  ?? ZA’ABA (kiri) meninjau persiapan akhir sistem IT.
ZA’ABA (kiri) meninjau persiapan akhir sistem IT.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia