Harian Metro

Kumpulan pertama jemaah tiba

-

pertama jemaah haji Malaysia seramai 483 orang selamat tiba di hotel penginapan mereka di Madinah, kira-kira jam 1 tengah hari waktu tempatan (6 petang waktu Malaysia).

Ketibaan mereka yang menaiki 10 bas di Hotel Anwar Al Madinah Movenpick yang menjadi Pusat Perkhidmat­an Zon 2 disambut Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Zainol Rahim Zainuddin, Pesuruhjay­a Perdaganga­n Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah Khairul Anuar Abdul Halim serta Timbalan Ketua Rombongan Haji Malaysia Nurinnanuw­ar Shamsuddin.

Terdahulu, kumpulan jemaah berkenaan selamat mendarat di terminal haji Lapangan Terbang Antarabang­sa Putera Mohamad bin Abdulaziz Madinah jam 9.36 pagi waktu tempatan (jam 2.36 petang waktu Malaysia).

Sebelum itu, mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang kira-kira jam 5.30 pagi waktu Malaysia.

Seramai 30,200 jemaah haji Malaysia akan menunaikan ibadat haji tahun ini berbanding 22,300 orang pada 2016.

Mereka dijadual tiba di Madinah dan Lapangan Terbang Antarabang­sa Jeddah sebelum terus ke Makkah secara berperingk­at bermula semalam.

Sementara itu, Zainol Rahim mengalu-alukan kedatangan jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci dan berharap mereka dapat menunaikan ibadat dengan baik dan memperoleh haji mabrur.

Semua jemaah kumpulan pertama yang tiba itu juga disambut petugas haji yang sudah tiba lebih awal untuk membuat persiapan terakhir.

 ??  ?? KUMPULAN pertama jemaah haji tiba di Madinah, semalam.
KUMPULAN pertama jemaah haji tiba di Madinah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia