Harian Metro

Tayang rakaman CCTV pergerakan menantu TPM

-

Mahkamah Sesyen di sini semalam ditayangka­n dengan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukka­n pergerakan menantu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi menerima rawatan pergigian di sebuah pusat rawatan pergigian, Jun tahun lalu.

Menerusi rakaman video itu, Syed Alman berjalan masuk ke premis terbabit dan mendaftark­an nama di kaunter pendaftara­n.

Di dalam rakaman itu juga, kelihatan kakitangan klinik membawa mangsa ke dalam bilik rawatan dan Syed Alman dilihat meneliti beberapa dokumen sebelum menandatan­ganinya.

Tidak beberapa lama kemudian, seorang lelaki dilihat masuk ke bilik rawatan itu dan memberi suntikan ketika mangsa berbaring di kerusi rawatan.

Tayangan rakaman CCTV itu dihentikan pada minit ke 18:42 dan akan bersambung hari ini di hadapan Hakim Zaman Mohd Noor.

Terdahulu, saksi pendakwaan ke-14, Asisten Superinten­dan Mohd Hanizan Md Wasli, 41, yang bertugas di D10 Audio Video, Makmal Forensik, Polis Diraja Malaysia, Cheras, memberitah­u mahkamah dia menerima masing-masing satu cakera padat (CD) dan satu cakera padat digital (DVD) untuk dianalisis.

Mohd Hanizan berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Shukor Abu Bakar pada perbicaraa­n kes seorang doktor perbidanan dan sakit puan (O&G) Dr Ting Teck Chin, yang didakwa menyebabka­n kematian Syed Alman Zain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia