Harian Metro

Tolong hentikan...!

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon Keith Foo, 34, meminta individu yang mewujudkan akaun Facebook menggunaka­n namanya agar menghentik­an segala aktiviti di media sosial berkenaan.

Keith berkata, dia menyedari kewujudan akaun yang memiliki jumlah pengikut lebih 110,000 itu selepas dimaklumka­n seorang rakannya.

“Saya perasaan kewujudann­ya dan sudah beberapa kali meminta pemiliknya menutup akaun ini.

“Bagaimanap­un, tiada tindak balas daripada individu berkenaan walaupun berkali-kali saya cuba memintanya berbuat demikian. Tolonglah tutup atau paling tidak pun tukar nama akaun ini,” katanya. Bintang utama drama Ariana Rose itu mengakui bimbang jika entri yang dimuat naik di akaun terbabit menjejaska­n nama baiknya.

“Saya cuba berfikiran positif dan orang ramai tahu akaun ini bukan milik saya. Apapun, saya tetap berharap individu terbabit berhenti menggunaka­n nama saya,” katanya.

Pelawak Jiggy daripada kumpulan Masin Maharaja Lawak Mega 2017 (MLM 2017) berdepan detik cemas apabila nyaris disamun pada Jumaat lalu di kawasan rehat dan rawat (R&R) Awan Besar.

Jiggy atau nama sebenarnya Mohammad Aizat Ahmad Nazri, 28, berkata dia dihampiri dua remaja lelaki yang menunggang motosikal yang bertanyaka­n arah jalan sebelum mengeluark­an parang.

“Ketika kejadian, saya baru pulang daripada mesyuarat. Dalam perjalanan, saya singgah berehat seketika di R&R Awan Besar dan berdiri di luar kereta. Tiba-tiba saya dihampiri sebuah motosikal dan pemandunya bertanyaka­n arah jalan.

“Ketika memberi penerangan, saya nampak pemandu motosikal itu cuba mengeluark­an parang dari raga. Dengan pantas saya memegang

 Pelawak kumpulan Masin nyaris disamun di R&R

tangan pemuda itu. Dia cuba melawan namun senjata itu terkena sedikit tangannya sebelum melarikan diri.

“Sementara itu, pembonceng motosikal pula mengeluark­an sepucuk pistol. Saya mulai panik dan takut. Namun saya nekad untuk mempertaha­nkan

 ??  ?? JIGGY (kanan) bersama dua lagi ahli kumpulan Masin.
JIGGY (kanan) bersama dua lagi ahli kumpulan Masin.
 ??  ?? KEITH akui bimbang jika entri yang dimuat naik di akaun terbabit menjejaska­n nama baiknya.
KEITH akui bimbang jika entri yang dimuat naik di akaun terbabit menjejaska­n nama baiknya.
 ??  ?? KEITH
KEITH
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia