Harian Metro

Dayana masuk hospital jalani pembedahan buang apendiks

-

Kuala Lumpur: “Saya ingatkan hanya sakit perut biasa dan mungkin gastrik. Tak sangka pula, doktor mengesahka­n saya sebenarnya mengalami apendiks,” kata pelakon Dayana Roza.

Dayana Roza atau Nur Dayana Kamsun Baharin, 26, kini dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Johor Bahru bagi menjalani pembedahan membuang apendiks yang baru dikesan pagi semalam.

Dayana berada di Johor Bahru sejak 18 Julai lalu bagi menyiapkan penggambar­an drama Seputih Cinta Rangbulan sebanyak 50 episod arahan MP Roslin dan terbitan Global Station Sdn Bhd.

Dayana ketika dihubungi memberitah­u dia tidak menyangka sakit perut dialaminya ketika bangun tidur pagi semalam disebabkan masalah apendiks dan bukan gastrik.

“Saya sangat berharap ia bukan apendiks. Ini kerana, saya kalau boleh tidak mahulah terbabit dengan sebarang pembedahan.

“Apatah lagi sebagai pelakon utama drama Seputih Cinta Rangbulan bersama Fezrul Khan, saya masih ada beberapa babak yang belum diselesaik­an,” katanya.

Mengakui biarpun penerbit, pengarah dan pihak produksi memahami masalah kesihatan yang dialami secara tiba-tiba itu, Dayana akur dengan ujian yang menimpa dirinya.

Menurut Dayana, dia dijangka mendapat cuti sakit selama satu minggu untuk pulih sebelum kembali ke lokasi penggambar­an drama Seputih Cinta Rangbulan yang dijangka tamat penggambar­an pada Oktober nanti.

 ??  ?? DAYANA kini dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Johor Bahru.
DAYANA kini dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Johor Bahru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia