Harian Metro

281 pekerja terima notis berhenti

-

“Pada usia 44 tahun, sukar untuk mencari pekerjaan dan anak sulung saya baru tamat pengajian dan kini mendapat tawaran di universiti, bagaimana untuk saya hadapi semua ini?” kata Muhammad Shah David Abdullah selepas dia dan 281 kakitangan sementara Lembaga Koko Malaysia (LKM) diberi notis pemberhent­ian berkuatkua­sa 13 Ogos depan pada 10 Julai lalu.

Difahamkan, daripada jumlah yang diberhenti­kan itu, 94 kakitangan sementara ditawarkan semula untuk berkhidmat selama tiga bulan dengan gaji harian RM54 sehari namun tidak dinyatakan dengan jelas skop tugas mereka.

Bimbang dengan nasib dihadapi, sebahagian mereka mengadakan perjumpaan dengan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) untuk mencari jalan penyelesai­an.

Muhammad Shah yang berkhidmat sebagai pekerja awam di Pusat Penyelidik­an Bioteknolo­gi Lembaga Koko Sabah Taman Perindustr­ian Kota Kinabalu (KKIP) berharap pertemuan bersama CUEPACS membuahkan hasil supaya mereka dikekalkan dalam perkhidmat­an di LKM.

Presiden CUEPACS melalui presidenny­a, Datuk Azih Muda merayu isu penamatan perkhidmat­an 281 kakitangan sementara pekerja LKM dipertimba­ngkan semula melalui campur tangan kerajaan.

Azih berkata, pihaknya kecewa kerana dalam keadaan ekonomi meruncing, agensi di bawah kerajaan mengambil keputusan drastik menamatkan perkhidmat­an pekerja sementara dengan jumlah yang ramai.

Sehubungan itu, Azih berkata, CUEPACS merayu kerajaan melalui Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani membantu 281 pekerja di bawah LKM yang berkhidmat di Sabah, Sarawak dan Semenanjun­g supaya perkhidmat­an mereka diteruskan.

“Kalau Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani sukar untuk membantu, kita akan minta campur tangan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak),” katanya.

 ??  ?? AZIH (tengah) bersama pekerja sementara LKM yang menerima notis pemberhent­ian.
AZIH (tengah) bersama pekerja sementara LKM yang menerima notis pemberhent­ian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia