Harian Metro

‘Tak sangka ramai tengok’

-

Kuala Terengganu: “Saya tidak sangka dalam tempoh dua minggu single pertama mencapai satu juta tontonan di laman YouTube dan ia di luar jangkaan,” kata Nursyafiq Farhain A M Salim, 23.

Menurutnya yang lebih dikenali sebagai Syafiq, dia berasa dihargai dan kehadirann­ya dalam dunia seni diterima baik peminat apabila single bertajuk Sayang Maafkan Aku ciptaan Harry Khalifah, Moy Khalifah dan Room None yang dilancarka­n pada 29 Jun lalu mendapat sambutan positif.

“Sambutan dan penerimaan positif peminat menyebabka­n pihak produksi akan menerbitka­n satu lagi single baru dalam masa terdekat.

“Walaupun sibuk dengan pelbagai undangan, pekerjaan utama iaitu sebagai anggota bomba tetap menjadi keutamaan saya.

“Buat masa ini tiada sebarang rancangan untuk saya berhenti kerja sebagai anggota bomba,” katanya yang juga anak kepada Saleem Iklim.

Syafiq berkata demikian ketika ditemui pada majlis Hari Raya Pertubuhan Kebajikan Bumiputera Malaysia (PKBM), di sini, semalam.

Menurutnya, selepas dirinya tular di media sosial, kehidupann­ya kini menjadi perhatian malah dia mengakui turut menerima pelbagai mesej termasuk lamaran peminat.

“Memang menjadi lumrah peminat hantar mesej yang memberi pujian termasuk luahan rasa dan sebagainya tetapi saya tidak melihat ia negatif, sebaliknya satu penghargaa­n.

“Soal kahwin agenda paling terakhir yang akan difikirkan malah usia saya baru mencecah 23 tahun, semestinya banyak perkara lagi yang perlu saya usahakan,” katanya.

Menurutnya, dia berasa sangat seronok selepas terbabit dalam industri seni dan banyak perkara serta selok-belok bidang hiburan yang perlu dipelajari­nya.

“Saya ingin menjadi seorang penyanyi yang berjaya dan pada masa sama mahu meraikan peminat yang memberi sokongan,” katanya.

 ??  ?? PEMINAT bersama Syafiq Farhain (dua dari kanan) pada Majlis Hari Raya Pertubuhan Kebajikan Bumiputera Malaysia.
PEMINAT bersama Syafiq Farhain (dua dari kanan) pada Majlis Hari Raya Pertubuhan Kebajikan Bumiputera Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia