Harian Metro

Balik sekolah menangis rumah terbakar

-

Maran: “Sebak apabila anak menangis melihat rumah yang menjadi tempat tinggal selama ini terbakar sebaik mereka pulang dari sekolah. Namun, apa boleh buat sudah tertulis ujian kami sekeluarga begini,” kata Siti Noraisikin Md Yusuf, 39, mangsa kebakaran di FELDA Jengka 17, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, rumah milik pekerja kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Jengka 17, yang turut dijadikan kedai gunting rambut oleh suaminya, Mohd Zamir Mahayadin, 38, rosak teruk akibat kebakaran berkenaan.

Siti Noraisikin berkata, ketika kejadian dia dan suami tiada di rumah kerana bekerja manakala empat anak mereka bersekolah.

“Saya hanya mendapat tahu kejadian selepas seorang rakan datang ke sekolah memaklumka­n rumah terbakar sebelum bergegas pulang bagi menyelamat­kan barang namun membatalka­n niat itu kerana api marak.

“Kini kami sekeluarga hanya tinggal sehelai sepinggang dan terpaksa menumpang berteduh di rumah ibu mentua,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, akibat kejadian itu dia menanggung kerugian dianggarka­n bernilai RM60,000.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Pusat Jengka Penolong Penguasa Bomba Mohd Aidil Khairim Abdul Wahab ketika dihubungi, semalam berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 12.40 tengah hari dan lapan anggota dikerahkan ke lokasi.

 ??  ?? SITI Noraisikin melihat keadaan rumahnya yang hangus dalam kebakaran di FELDA Jengka 17, semalam.
SITI Noraisikin melihat keadaan rumahnya yang hangus dalam kebakaran di FELDA Jengka 17, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia