Harian Metro

Lima hari lupa tugas hakiki

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

 40 doktor khatankan kanak-kanak Islam Kemboja dalam Kembara Amal Sunathon

Demi niat murni untuk mengkhatan kanak-kanak Islam di Kemboja, pensyarah Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS) Dr Mohamad Salleh Abdul Aziz, 41, sanggup melupakan tugas selama lima hari untuk berada di negara berkenaan sempena Kembara Amal Sunathon.

Kunjungann­ya bersama kira-kira 40 doktor, pakar perubatan dan paramedik dari Persatuan Pasca Siswazah Perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah (PGMES HSNZ) Terengganu di empat daerah di ibu negara Kemboja iaitu Phnom Penh baru-baru ini memberi seribu makna kepada persatuan itu.

“Kedaifan masyarakat Islam di negara itu menarik simpati kami untuk menabur bakti dan memberi perkhidmat­an berkhatan serta perubatan secara percuma kepada anak-anak Islam yang miskin.

“Walaupun penduduk Islam di sana adalah golongan minoriti, mereka tekun dan patuh melakukan amalan agama,” katanya kepada Harian Metro.

Menariknya, kata Dr Mohamad Salleh, ketika melakukan proses berkhatan, pasukannya menggunaka­n alat berkhatan yang dikenali sebagai

yang diciptanya sendiri sejak tahun lalu.

Katanya, penggunaan peranti itu adalah mudah, selamat dan bersih dalam era baru dalam kaedah bersunat.

“Tiada lagi ketakutan untuk kanak-kanak ketika mendapatka­n khidmat berkhatan di hospital dan klinik. Walaupun hanya membawa 60 unit solehring, seramai 345 kanak-kanak lelaki berusia lima hingga 11 tahun termasuk 88 kanak-kanak perempuan dan empat dewasa berjaya disunat.

“Saya tidak menjangka sambutan yang diberikan itu sangat menggalakk­an. Memang sepanjang berada di sini, saya sangat bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran yang dikecapi Malaysia serta mempunyai kemudahan mencukupi.

“Taraf kehidupan yang tidak seberapa di daerah yang kami jalankan aktiviti ini membuatkan saya ingin ke sini lagi,” katanya.

Sementara itu, katanya, ketika kembara dijalankan, selain berkhatan, pemeriksaa­n kesihatan secara percuma turut diadakan untuk memberi khidmat nasihat berhubung tahap kesihatan penduduk setempat.

“Kunjungan kali ini adalah yang pertama buat saya, saya perhatikan penduduk termasuk golongan kanak-kanak sudah mula menjaga kebersihan diri biarpun tidak menyeluruh.

“Kita mahu didik mereka supaya lebih mementingk­an kebersihan diri dan kawasan sekitar supaya kehidupan mereka lebih selesa serta kesihatan terjamin,” katanya.

 ??  ?? PETUGAS Kembara Amal Sunathon mengkhatan­kan kanak-kanak Islam di Kemboja.
PETUGAS Kembara Amal Sunathon mengkhatan­kan kanak-kanak Islam di Kemboja.
 ??  ?? SEORANG bapa menenangka­n anaknya yang sedang dikhatan.
SEORANG bapa menenangka­n anaknya yang sedang dikhatan.
 ??  ?? SUKARELAWA­N Kembara Amal Sunathon bersama penduduk Kemboja.
SUKARELAWA­N Kembara Amal Sunathon bersama penduduk Kemboja.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia