Harian Metro

Pacak martabat bahasa Melayu dalam jiwa

-

Putrajaya: “Perjuangan mendaulatk­an bahasa Melayu (BM) tidak bernoktah, justeru, perancanga­n secara konsisten dan terarah perlu dilakukan untuk merealisas­ikan hasrat melihat bahasa Melayu (BM) dijadikan sebagai bahasa perhubunga­n atau lingua franca di seluruh dunia,” tegas isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berharap usaha memartabat dan melestarik­an bahasa Melayu tidak hanya dilakukan dengan penganjura­n pertanding­an Pidato Antarabang­sa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri (PABM) semata-mata.

Katanya, pelbagai pihak harus mengambil peranan dalam memartabat­kan BM, termasuk ibu bapa, komuniti, sekolah, ahli akademik dan pihak berwajib,

“Pada abad ke-15 dan 16, BM diguna pakai dengan meluas dan penggunaan­nya merentasi sempadan nusantara dan sama dominan dengan bahasa Latin dan Perancis.

“Melihat kepada kegemilang­an BM dan bangsa Melayu ketika itu, saya berpandang­an kita harus melestarik­an BM dan saya percaya keunggulan­nya harus dipacak dalam jiwa rakyat sejak kecil lagi,” katanya ketika berucap pada Majlis Resepsi PABM 2017 di Kompleks Seri Perdana, di sini, semalam.

Turut hadir, isteri Menteri Pendidikan Tinggi Puan Seri Che Kamariah Zakaria; Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching, Ketua Setiausaha Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Induk PABM Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Datin Paduka Dr Siti Hamisah Tapsir.

PABM 2017 edisi ke-11 berlangsun­g dari 23 hingga Rabu ini di Hotel RHR, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Bangi, Selangor disertai 52 peserta dari seluruh dunia termasuk Australia, Azerbaijan, China, Fiji, India, Mesir, Nigeria, Palestin dan Korea Selatan.

 ??  ?? ROSMAH bersama peserta pidato pada Majlis Resepsi PABM 2017 di Kompleks Seri Perdana, semalam.
ROSMAH bersama peserta pidato pada Majlis Resepsi PABM 2017 di Kompleks Seri Perdana, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia