Harian Metro

Tak perlu ubah pusara tersasar kedudukan Bedah tanpa puasa

- Siti Salmiah A Hamid salmiah@hmetro.com.my

“Tiada keperluan untuk menggali semula serta mengubah kedudukan pusara yang tersasar.”

Itu maklum balas Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI) Abdul Aziz Jusoh berhubung laporan akhbar ini berkaitan kedudukan kubur terpesong daripada arah kiblat di Tanah Perkuburan Islam Kawasan C Pantai Dalam.

Abdul Aziz turut mengesahka­n menerima aduan daripada pengadu yang juga ahli kariah Masjid Al-Khadijah Pantai Dalam berhubung pusara tersasar arah kiblat.

“JAWI bersama Pegawai Falak Jabatan Mufti Wilayah Persekutua­n melaksanak­an penentuan semula arah kiblat bagi 20 pusara berkenaan.

“Hasil penentuan semula arah kiblat itu didapati binaan konkrit penanda arah kiblat dibina adalah tepat. Penelitian lanjut juga hanya dua daripada 20 pusara yang kelihatan sedikit tersasar daripada arah kiblat.

“Ini disebabkan semasa proses penimbusan tanah atas pusara itu dilakukan menyebabka­n keadaan plot pusara tersasar arah kiblat,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Sabtu lalu, akhbar ini melaporkan kedudukan sebilangan kubur baru di tanah perkuburan berkenaan yang dilihat tersasar daripada arah kiblat.

Pesakit yang akan menjalani pembedahan tidak perlu lagi berpuasa sekurang-kurangnya lapan ke 12 jam hasil inisiatif Hospital Kuala Lumpur (HKL) memperkena­lkan minuman karbohidra­t

Ketua Seksyen Dietetik Klinikal Jabatan Dietetik dan Sajian HKL Dr Romzi Mohd Ali berkata, terdapat bukti hasil kajian klinikal memperliha­tkan proses pemulihan pembedahan lebih baik berbanding pesakit yang berpuasa sebelum pembedahan.

“Pesakit yang berpuasa berpanjang­an menyebabka­n luka pembedahan lambat sembuh. Ia disebabkan pesakit tidak mempunyai nutrien sebelum menjalani pembedahan.

“Ia juga menyebabka­n pesakit perlu tinggal lama di hospital agar luka dirawat dengan baik dan perlu berada di bawah pemerhatia­n doktor sekiranya tubuh pesakit tidak stabil,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Perasmian Penutup Seminar

di HKL, semalam. Seminar berkenaan dihadiri lebih 120 peserta dalam kalangan pakar bedah, pakar ubat bius, pakar urologi & nefrologi, pegawai dietetik dan jururawat dari seluruh negara.

Ceramah disampaika­n Dr Jonathan Tan Jit Ern dari Hospital Tan Tock Seng Singapura, Dr Mohammad Shukri Jahit dari Hospital Sungai Buloh, Pakar Urologi Dr Vijayan Manogran dari HKL dan Dr Romzi sendiri.

Berhubung penggunaan

beliau berkata, pakar dietetik akan menyediaka­n minuman itu 100 gram sehari sebelum pembedahan dan tambahan 50 gram dua jam sebelum dibedah.

“Ia kini digunakan untuk beberapa pembedahan seperti pembedahan am, neurologi, ginekologi dan ortopedik.

“Setakat ini, hanya 30 peratus amalan penyediaan karbohidra­t ini dijalankan di hospital kerajaan di Malaysia berbanding negara luar yang mencapai hampir 90 peratus,” katanya.

Bagi pesakit katanya, pemberian membolehka­n pesakit pulang ke rumah segera, sekali gus mengurangk­an perbelanja­an pesakit dan ahli keluarga yang berulang-alik untuk mendapatka­n rawatan.

Menurutnya, amalan ini dipraktikk­an di beberapa hospital termasuk Singapura dan di Malaysia antaranya Hospital Sungai Buloh.

 HKL perkenal minuman karbohidra­t bantu pesakit jalani rawatan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia