Harian Metro

Rakyat Turki bangkit pertahan demokrasi

- Muhd Izawan Baharin

“SAYA menjemput rakyat untuk berkumpul di bandar-bandar kita. Saya menjemput rakyat ke lapangan terbang. Sebagai sebuah negara, kita harus berkumpul di bandar dan lapangan terbang. Biar mereka datang dengan kereta kebal, meriam dan melakukan apa saja yang mereka perlu lakukan. Saya tidak pernah mengiktira­f kuasa di atas kuasa rakyat.”

Demikian intipati ucapan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan yang dibuat menerusi panggilan video FaceTime kepada stesen CNN Turki pada jam 12.26 tengah malam, 16 Julai 2016 iaitu kira-kira dua jam selepas sekumpulan anggota tentera Turki melancarka­n kudeta untuk mengguling­kan kerajaan pada 15 Julai 2016.

Seruan Erdogan (dibaca sebagai Erdowan) itu ternyata disambut rakyat. Ratusan ribu rakyat turun membanjiri jalanan dan dataran di bandar utama Turki.

Menteri dan Ahli Parlimen turut beramai-ramai masuk ke dalam bangunan Parlimen untuk mempertaha­nkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

Namun, Turki terpaksa membayar harga yang mahal.

Seramai 249 rakyat terkorban, Parlimen dan beberapa bangunan pentadbira­n serta keselamata­n dibom, selain sistem komunikasi cuba dilumpuhka­n pemberonta­k.

Erdogan yang ketika itu bercuti di Marmaris juga menjadi sasaran utama pemberonta­k, namun cubaan membunuhny­a berjaya dihidu lebih awal. Dikatakan ketika pasukan pemberonta­k menyerbu resort yang didiami Presiden, beliau sudah dalam perjalanan ke Istanbul.

Walaupun ratusan nyawa orang awam terkorban selain kemusnahan infrastruk­tur, rampasan kuasa itu digagalkan dalam tempoh 22 jam dengan sokongan rakyat. Anggota tentera yang menyertai kumpulan rampasan kuasa itu tidak dibunuh, sebaliknya mereka ditangkap hidup-hidup oleh rakyat dan polis.

Selepas setahun, Turki tidak mahu melupakan apa yang berlaku. Pelbagai tanda peringatan dilakukan untuk rakyat yang terkorban, cedera atau mengalami kecacatan dalam peristiwa bersejarah itu.

Wakil media dari 80 negara dijemput untuk menghadiri majlis memperinga­ti ulang tahun pertama peristiwa berdarah itu.

Di sebalik kesedihan mengenang apa yang berlaku, terselit rasa bangga dalam kalangan rakyat Turki kerana mereka bersatu mempertaha­nkan sistem demokrasi negara itu.

Erdogan juga yakin peristiwa sama tidak akan berulang. Itu antara kandungan ucapannya di hadapan ratusan ribu rakyat Turki yang berhimpun di dataran Parlimen di Ankara pada jam 2.42 pagi, 16 Julai lalu sebagai simbolik waktu bangunan Parlimen dibom pesawat pejuang yang dirampas pemberonta­k.

“Jika Turki diserang sekali lagi walaupun esok, rakyat negara ini pasti bangkit memastikan mereka (pemberonta­k) jatuh melutut. Negara ini sudah melalui pelbagai cabaran sejak ribuan tahun lalu dan kita akan terus berdiri gagah,” katanya.

Kejadian rampasan kuasa itu bukan pertama kali dilalui Turki. Mereka sebenarnya sudah melalui situasi huru-hara rampasan kuasa oleh tentera, selain krisis politik antaranya pada 1960, 1971, 1980, 1997 dan 2007, namun 15 Julai 2016 paling bersejarah kerana kesatuan rakyat serta kerajaan mempertaha­nkan demokrasi negara.

Sebab itu, dalam semua sidang media yang dihadiri menteri dan pemimpin kanan Parti Keadilan dan Pembanguna­n (AK) iaitu parti pemerintah, mereka kerap mengulangi kenyataan bahawa demokrasi di Turki semakin kukuh.

Dalam masa sama mereka turut mengambil kesempatan membidas beberapa negara asing termasuk Kesatuan Eropah (EU) kerana mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ ketika rampasan kuasa itu berlaku, selain ada yang mempersoal­kan tindakan Turki yang masih melanjutka­n perintah darurat atas alasan ia bertentang­an dengan hak asasi kemanusiaa­n.

Ribuan ditahan sepanjang perintah darurat yang kini masuk fasa ketiga kerana dipercayai ada kaitan dengan pemberonta­kan, tetapi Turki mempertaha­nkan tindakan berkenaan demi menangani risiko ancaman di masa depan.

Bagaimanap­un, usaha Turki untuk mengekstra­disi ketua organisasi pengganas yang mendalangi cubaan rampasan kuasa itu, Fetullah Gulen atau FETO yang kini didakwa berada di Amerika Syarikat (AS) masih belum berjaya.

“Dia sekarang berada di sebuah rumah agam di Pennsylvan­ia, AS,” kata Timbalan Perdana Menteri Turki, Prof Dr Numan Kurtulmus dalam satu sidang media.

Menurutnya, mungkin banyak negara merasakan apa yang berlaku di Turki setahun lalu lebih kepada krisis dalaman, namun ia sebenarnya lebih besar dan melangkaui sempadan.

Organisasi pengganas FETO dikatakan mempunyai cawangan di negara luar dengan berselindu­ng di sebalik kerja kebajikan.

“Mereka yang mendalangi cubaan rampasan kuasa ini membuka sekolah di beberapa negara. Saya tidak mahu menamakan negara itu, tetapi sasaran FETO ialah memastikan anak kepada pembuat dasar di negara terbabit belajar di institusi pendidikan mereka.

“Mereka tidak akan merampas senjata, jet pejuang atau kereta kebal untuk menyerang negara itu seperti berlaku di Turki tetapi mempengaru­hi pembuat dasar untuk melakukan sesuatu berdasarka­n kepentinga­n organisasi keganasan itu,” dakwanya.

FETO dikatakan mengambil masa 40 tahun untuk menyerap masuk ke dalam sistem pentadbira­n dan keselamata­n Turki sebelum melakukan kudeta.

Dalam tempoh itu, pengaruh FETO sudah menyerap masuk ke dalam sistem ketenteraa­n, media, perniagaan dan birokrat.

Penentanga­n secara terbuka terhadap kerajaan bermula pada 2013 namun

pada 15 Julai 2016, organisasi itu menunjukka­n wajah sebenar apabila melancarka­n rampasan kuasa untuk menumbangk­an kerajaan.

Selain FETO, Turki berdepan ancaman keganasan daripada Daish, Parti Pekerja Kurdish (PKK) dan Parti Revolusi Pembebasan Rakyat (DHPK-C).

Negara yang pernah menjadi simbol kehebatan Empayar Uthmaniyah itu sudah melalui pelbagai cabaran ‘berdarah’ dan kudeta 15 Julai 2016 kini menjadi lambang demokrasi mereka.

Mungkin ini boleh menjadi iktibar kepada kita. Mendapatka­n kemerdekaa­n dan membangunk­an negara bangsa sukar, namun mempertaha­nkannya lebih sukar.

Rakyat Turki turun beramai-ramai bukan semata-mata mahu mempertaha­nkan kerajaan, tetapi hak dan kebebasan mereka.

Di banyak negara yang mengamalka­n sistem demokrasi, pilihan raya adalah satu cara rakyat untuk memahami nilai demokrasi.

Gunakan hak dan kebebasan kita untuk memilih pemimpin yang mampu mewakili suara kita.

Ini iktibar yang boleh kita belajar daripada cubaan rampasan kuasa pada 15 Julai tahun lalu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia