Harian Metro

Masak lomak cili api Negeri Sembilan guno caro baru!

-

Salam sejahtera. Raya puasa dah habis. Tunggu raya haji pula. Maknanya kita balik buat kerja atau sambung berniaga macam biasa. Saya rasa mesti banyak duit dah pakai pada sambutan hari raya yang lalu. Dalam bulan puasa pun mesti besar juga belanjanya kan?

Jadi, hari ni kita cerita fasal duit. Macam mana nak buat duit. Saya nak cerita bagaimana Mohd Sughra Ahmad, 47, dari sebuah kampung di Negeri Sembilan belajar buat duit.

Sughra ni bekerja dengan jabatan kerajaan. Tetapi dia mohon cuti tanpa gaji untuk satu tahun. Katanya, dia ingin belajar cara menjadi seorang usahawan.

Katanya, kerajaan ada kemudahan cuti tanpa gaji jika seseorang mahu membuat kerja yang bermanfaat seperti menjadi seorang usahawan. Apapun, Sughra kini giat belajar selok-belok seorang usahawan.

Dia mendapat galakan daripada beberapa orang di kampungnya, iaitu Kampung Serting Ilir di daerah Jempol. Salah seorang daripadany­a Tok Ketua, Mohd Arif Yusof, 51.

Kata Mohd Arif: “Saya sentiasa galakkan anak-anak buah untuk memajukan diri dalam apa jua bidang yang menguntung­kan. Salah satu bidang saya galakkan ialah bidang keusahawan­an.”

Sughra pula tidak malu untuk menimba ilmu. Dengan tunjuk ajar daripada seorang lagi usahawan besar yang sudah berjaya di situ, dia mula mengorak langkah.

Nasibnya baik, Sughra ada mentor yang rajin dan komited, Zainal Abd Ghani, seorang penternak kambing Boer di situ, yang memberi pelbagai bantuan kepadanya.

Kata Zainal: “Di kampung ini, ramai yang berminat. Tetapi biasalah. Mereka mahu tengok contoh depan mata. Kalau dah ada bukti seseorang itu boleh berjaya, mereka akan ikut.

“Dalam hal ini, saya juga dibantu Tok Ketua dan individu yang memberi sumbangan seperti khidmat nasihat dan peralatan baru serta canggih.”

Bagi Sughra, dia belajar menghasilk­an pes cili. Pes cili ini digunakan untuk masakan kegemaran Negeri Sembilan, iaitu masak lemak cili api.

Kata Sughra: “Saya gunakan bahan yang boleh didapati di kampung. Semua bahan ada di kampung ni – cili api, kunyit hidup dan santan. Saya menggunaka­n pengisar yang diwakafkan kepada saya.

“Makna wakaf di sini elok saya terangkan. Penyumbang memberi saya pengisar ini untuk saya gunakan selama mana yang saya perlu. Kalau saya buat keputusan tidak lagi mahu buat pes cili, saya wajib kembalikan pengisar ini

“Ia akan diberi pula kepada pengusaha lain. Dan begitulah seterusnya. Sekarang, saya sudah tahu sukatan banyak mana cili dan banyak mana kunyit untuk digunakan. Begitu juga dengan santan.

“Ramuan dan resipi turun temurun. Sebelum ini, saya tak ambil perhatian cara bagaimana masak lemak cili api dimasak. Saya tahu makan saja. Hari ini, Alhamdulil­lah, saya dah tahu macam mana nak menyediaka­n pes yang menjadi bahan utama masak lemak cili api,” katanya.

Zainal memberitah­u, dia berusaha lebih berkesan daripada beberapa usaha yang kerajaan buat untuk menambahka­n pendapatan orang kampung.

Ini kerana usahanya datang dari bawah, bukan dari atas atau dari kerajaan sendiri.

Apabila sudah maju, barulah kerajaan bagi bantuan untuk menggalakk­an lagi ramai orang kampung menjadi usahawan tani yang berjaya. Apa tidaknya!

Kalau kita masuk mana-mana kampung, kita akan dapati banyak tanah terbiar. Dengan kaedah seperti yang dilaksanak­an Zainal menerusi usahawan seperti Sughra, tanah terbiar ini semua boleh digunakan dengan baik dan menguntung­kan.

Kini, semakin ramai orang kampung menanam cili api dan kunyit serta beberapa tanaman lain yang boleh menjana pendapatan lumayan. Baru nama makmur.

Saya tanya Sughra: “Kalau nak masak lomak yang podeh macam mano?”

Kata Sughra: “Sonang tu bang. Pakai lobih sikit pes tu. Biar dio berasap..!”

 ??  ??
 ??  ?? MOHD Sughra usahawan yang menghasilk­an pes cili api Negeri Sembilan. CILI api kampung pedas dan senang
ditanam di keliling rumah.
MOHD Sughra usahawan yang menghasilk­an pes cili api Negeri Sembilan. CILI api kampung pedas dan senang ditanam di keliling rumah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia