Harian Metro

REZEKI DENDERAM

- Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@hmetro.com.my

Duit poketnya dan suami pernah hanya tinggal RM5, malah hampir putus asa untuk berniaga namun siapa sangka hari ini usahawan wanita ini mampu meraih pendapatan sehingga RM15,000 sebulan.

Semuanya hanya bermula dengan modal RM100 hasil mengusahak­an perniagaan kuih tradisiona­l, kuih peneram atau lebih dikenali sebagai denderam secara kecil-kecilan di Yan, Kedah, 17 tahun lalu.

Selepas 17 tahun melalui pahit getir dan jatuh bangun perniagaan sehingga pernah hampir diisytihar­kan muflis, siapa sangka, Kamariah Said, 45, kini mampu mempunyai pelbagai aset antaranya sebuah bangunan kedai dan lapan trak makanan.

Mengimbau kembali pengalaman perniagaan­nya itu, ibu kepada empat anak ini berkata, dia mula berniaga di Kuala Lumpur pada 2000 menggunaka­n van terpakai dipinjamka­n abangnya.

“Waktu itu saya tidak ada kenderaan dan bermodalka­n RM100 saya beli sedikit barang keperluan untuk membuat kuih denderam yang pernah dijual di gerai dan pasar malam di Kedah sewaktu kecil dahulu.

“Resipi asal kuih tradisiona­l ini saya pelajari daripada ibu dan mak cik, tetapi diolah sedikit menggunaka­n resipi sendiri dengan harapan dapat membantu suami yang bekerja sebagai ketua warden di ibu negara,” katanya.

Kamariah adalah antara 5,500 usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) seluruh negara di bawah bimbingan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA).

Bercerita lanjut, dia berkata, ketika awal

 ??  ?? BERMULA dengan modal RM100 kini perniagaan Kamariah mampu jana pendapatan RM15,000 sebulan.
BERMULA dengan modal RM100 kini perniagaan Kamariah mampu jana pendapatan RM15,000 sebulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia