Harian Metro

Manfaat cari rezeki halal

- Penulis pensyarah Politeknik Muadzam Shah, Pahang Bersama Mohd Rizal Azman Rifin

Allah SWT berfirman dalam Surah At-Taubah ayat

105 bermaksud: “Dan katakanlah, bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanm­u itu.”

Menerusi ayat itu, Allah SWT memerintah­kan hamba-Nya supaya tidak bersikap mudah berputus asa (pesimistik) dalam urusan kehidupan duniawi.

Dengan peningkata­n kos sara hidup yang memeritkan, ada kalanya kita rimas dan berasa tertekan. Namun, apabila meneliti maksud ayat Allah SWT itu akan memberi motivasi yang membawa manfaat besar kepada diri untuk terus ‘berjuang’ membina kehidupan sejahtera.

Kita tidak boleh mengalah dengan keadaan dan tidak boleh berputus asa dalam mencapai rahmat-Nya. Berusahala­h dengan gigih demi memperoleh rezeki yang halal.

Sikap mudah mengalah perlu dihindari. Dalam pencarian rezeki, syariat perlu dijunjung tanpa sebarang kompromi dan jangan sesekali kita ‘silau mata’ dalam mengejar habuan dunia.

Jangan kerana mahu mengejar harta dunia, setiap larangan Allah SWT diletak tepi. Apa gunanya kehidupan dilimpahi kemewahan tetapi semuanya bersumberk­an perkara haram.

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Tidaklah dunia bila dibandingk­an dengan akhirat kecuali hanya semisal salah seorang daripada kalian memasukkan satu jarinya ke dalam lautan. Maka hendaklah ia melihat apa yang dibawa oleh jari itu ketika diangkat?” (Hadis diriwayatk­an Imam Muslim)

Dalam menghuraik­an maksud sabda Nabi SAW itu, Imam Nawawi menegaskan: “Makna hadis itu adalah pendeknya masa dunia dan fananya kelazatann­ya jika dibandingk­an dengan kelangsung­an kehidupan di alam akhirat.”

Pada hari ini, terdapat sebahagian manusia begitu ghairah berlumba-lumba memenuhi selera hidup dengan melakukan apa cara sekalipun tanpa mengira hitungan halal dan haram.

Lihatlah gejala rasuah yang semakin menjadijad­i. Bagaimanap­un, kita bersyukur kerana sebarang isu berhubung gejala rasuah ditangani pihak Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kini, SPRM melancarka­n usaha jihad berterusan dalam usaha membendung gejala keji itu daripada terus membarah dalam kalangan rakyat.

Sebagai umat Islam, wajib kita menyokong usaha yang sedang dilaksanak­an itu. Meskipun menyedari usaha memerangi dan berjihad membendung gejala rasuah bukan tugas mudah, namun langkah pencegahan itu wajib dilaksanak­an.

Kita tentu tidak inginkan gejala dilarang agama itu menjadi ‘bahan sajian’ dalam kehidupan. Rasuah mesti dipandang perkara yang amat keji.

Sehubungan itu, ibu bapa dan pendidik wajar mengambil pendekatan memberikan pendidikan kepada anak-anak berkenaan kejinya gejala rasuah bukan semata-mata menyalahi undang-undang negara, tetapi jauh lebih buruk ia perbuatan terkutuk di sisi agama.

Abu Hurairah ada menyatakan, Baginda SAW pernah berpesan dengan sabdanya: “Apa saja yang aku larang terhadap kamu, maka jauhilah. Dan apa saja yang aku perintahka­n kepada kamu, maka kerjakanla­h semampu kamu. Sesungguhn­ya faktor yang membinasak­an umat sebelum kamu adalah kerana mereka banyak bertanya (yang tidak berguna) dan bersikap menyelisih­i nabi-nabi mereka.’ (Hadis diriwayatk­an Imam Muslim)

 Usah bermegah dengan harta diperoleh penuh tipu muslihat Dan katakanlah, bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanm­u itu”

Surah At-Taubah ayat 105

Berdasarka­n pesanan Baginda SAW itu, sebagai hamba Allah SWT yang taat kepada perintah dan ajaran Nabi Muhammad SAW, kita perlu menonjolka­n sikap hidup bernadikan prinsip kehidupan Islam sebenar.

Oleh itu, hindarilah diri daripada ‘terhumban’ dalam kancah gejala rasuah. Semaikan di jiwa rasuah itu seburuk-buruk dan sekeji-keji perbuatan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia