Harian Metro

Allah SWT suka hamba-Nya berdoa

-

Orang beriman sentiasa berdoa untuk diri mereka serta orang lain. Ketika berdoa, orang beriman perlu mulakan doa mereka dengan bertaubat dan memuji Allah SWT.

Kemudian, diikuti selawat ke atas Rasullulla­h SAW, berdoa untuk kedua-dua ibu bapa seterusnya kepada datuk, nenek, moyang serta orang-orang yang mendahului kita.

Dalam Surah al-Hasyr, ayat 10 yang bermaksud: “Wahai Tuhan kami, ampunkanla­h dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai

Tuhan kami, sesungguhn­ya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan Rahmat-Mu.”

Sebenarnya, seorang yang menjadi baik pada hari ini disebabkan kesolehan datuk nenek moyang mereka.

Begitu juga, kesolehan seorang bapa akan menyebabka­n mengalirny­a kebaikan serta memastikan zuriat dan keturunan yang mereka lahirkan dalam kalangan mereka yang beramal soleh.

Allah SWT sangat suka hamba-hamba-Nya berdoa kepada-Nya. Firman

Allah SWT yang bermaksud: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka), sesungguhn­ya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka), Aku perkenanka­n permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta betul.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Doa juga sebenarnya amat mustajab apabila seorang Muslim mendoakan saudara atau sahabatnya tanpa pengetahua­n mereka atau secara sembunyi.

Daripada Abi Darda’ RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada seorang hamba yang Muslim apabila berdoa kepada saudaranya yang berjauhan (tanpa pengetahua­nnya), melainkan malaikat berkata kepadanya dan bagi kamu sepertinya (seperti yang didoakan).” (Riwayat Muslim)

Sehubungan itu, Islam amat menggalakk­an umatnya sentiasa berdoa perkara kebaikan kepada saudaranya.

Malah, setiap doa yang dipanjatka­n itu, Allah

SWT akan mengurniak­an kepada kita sama seperti apa yang didoakan.

Ternyata, terlalu indah sekiranya seorang Muslim memberikan sepenuh hati dan keikhlasan­nya setiap kali berdoa kepada Allah SWT.

Selain itu, doa juga mempunyai penyempurn­aan. Penyempurn­aan doa itu antaranya adalah membaca amin.

Amin di dalam doa memberi makna ‘dengarlah’. Perkataan ‘amin’ juga memberi makna ‘perkenanka­nlah’.

Lafaz amin disunatkan dibaca untuk menutup doa seperti dijelaskan Rasulullah SAW.

Ketika Baginda melihat seorang meratap-ratap meminta sesuatu, lalu Baginda berkata yang bermaksud: “Mudahmudah­an dikabulkan kalau disempurna­kan.”

Lalu Baginda ditanya, “Apakah penyempurn­aannya?”

Lalu Baginda menjelaska­n, “Amin.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Dalam penyempurn­aan doa, disunatkan juga seorang mengangkat atau menadah tangannya.

Daripada Malik bin Yasar al-Sakuni, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:“Jika kamu meminta (berdoa) kepada Allah, maka mintalah kepada-Nya dengan telapak tangan kamu dan janganlah kamu meminta dengan belakangny­a.” (Riwayat Abu Daud)

Dalam satu hadis lain, daripada Salman alFarisi, daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhn­ya Allah itu malu lagi mulia, Dia malu apabila seorang mengangkat tangan kepada-Nya untuk mengembali­kannya dengan tangan kosong (tidak ditunaikan).” (Riwayat al-Tirmizi)

Justeru, kita perlu mengangkat tangan dalam apa jua keadaan ketika berdoa, lalu memohon dengan penuh pengharapa­n semoga apa saja yang dititipkan dimakbulka­n Allah SWT.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia