Harian Metro

BERMANDI LUMPUR

- Mohamad Zulhairie Manzaidi am@hmetro.com.my

 100 sertai pertanding­an sukan rakyat penuh meriah dalam sawah padi

Pasir Mas

Meriah dan penuh gelak tawa, itu suasana yang dapat digambarka­n di Kampung Pangkal Kala, di sini, kelmarin apabila lebih 100 peserta berkubang di dalam sawah padi sempena Program Penghayata­n 1Malaysia Peringkat Komuniti. Program anjuran Jabatan Penerangan negeri Kelantan itu turut menarik perhatian lebih 1,000 penonton yang datang untuk menyaksika­n program berkenaan.

Antara acara dipertandi­ngkan ialah kendong orang sakit, tarik upih, lari berkembar dan pesta menangkap itik.

Program itu membabitka­n peserta dari beberapa kampung dalam tiga Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Gelang Mas, Bechah Semak dan Pangkal Kala, di sini.

Peserta acara menangkap itik, Azhar Mamat, 42, berkata, ini kali pertama dia menyertai pertanding­an menangkap itik.

“Sebenarnya saya datang untuk menemankan anak dan isteri melihat acara dipertandi­ngkan.

“Selepas melihat peserta bertanding acara lain seronok berkubang, membuatkan saya ingin turut serta dalam pertanding­an menangkap itik itu,” katanya ketika ditemui selepas pertanding­an itu di sini, kelmarin.

Anaknya, Mohd Shafiq Azani Azhar, 13, juga menyertai acara terbabit.

“Saya ingatkan anak tidak berminat, rupa-rupanya dia juga mahu sertai pertanding­an itu selepas melihat rakannya yang lain mengambil bahagian.

“Alhamdulil­lah, saya dan anak menangkap seekor itik setiap seorang, mungkin ini rezeki kami berdua,” katanya.

Sementara itu, Pentadbir Mukim Dewan Undangan Negeri (DUN) Tendong Abdullah Sulaiman berkata, dia tidak menjangka program itu mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk setempat.

“Program seperti ini dapat mengeratka­n hubungan silaturahi­m dalam kalangan penduduk di DUN Tendong.

“Insya-Allah selepas ini, kami anjurkan lagi sukan membabitka­n rakyat berikutan mendapat sambutan cukup baik,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia