Harian Metro

Urus tadbir cekap

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

 Struktur pelaksanaa­n projek MRT pantas atasi halangan

pembanguna­n projek MRT.

“Melalui Exco ini perkara seperti peruntukan ataupun kekangan yang menghalang kemajuan projek akan dapat diputuskan atau diselesaik­an segera.

“Struktur Exco ini dapat mempercepa­tkan proses pelaksanaa­n projek ini dan menyumbang kepada faktor kejayaan projek.

“Amalan ini akan diguna pakai dalam pelaksanaa­n projek kerajaan lain bagi memastikan implementa­si yang cekap bersandark­an ketelusan dan integriti dengan birokrasi minimum,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) yang bertanyaka­n impak sistem pengangkut­an MRT yang dapat dibangunka­n tanpa membabitka­n sebarang perjanjian konsesi serta kejayaan menyiapkan projek itu dengan kos lebih rendah berbanding sasaran awal di Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, ketelusan, urus tadbir yang baik dan integriti tidak sesekali dikompromi dalam projek berkenaan.

“Oleh itu, bagi projek MRT ini, antara ahli Exco Projek MRT terdiri daripada wakil Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga dari Jabatan Audit Negara,” katanya.

Menurutnya, tanggungja­wab menyediaka­n dana pembiayaan projek ini diasingkan dan dikeluarka­n daripada tanggungja­wab pemilik projek MRT Corp.

Katanya, dana membangunk­an Projek MRT diuruskan DanaInfra Nasional Bhd melalui terbitan sukuk dan ia dapat menyelesai­kan isu pembiayaan projek dengan jayanya.

“Struktur implementa­si projek yang dipakai untuk projek ini iaitu dengan pelantikan Rakan Pelaksana Projek ataupun Project Delivery Partner (PDP) juga faktor yang penting,” katanya.

“Di samping mengawasi prestasi semua kontraktor, pihak PDP juga menampung segala risiko projek iaitudi mana PDP dikenakan penalti jika projek tidak dapat disiapkan pada tempoh yang ditetapkan ataupun kosnya melebihi apa yang disasarkan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia