Harian Metro

Enam sebatan setimpal jenayah samun bersenjata Tersalah nasihat

- Fuad Hadinata Yaacob hadinata@hmetro.com.my

Ipoh: Hukuman penjara dan sebatan terhadap bekas pekerja pusat hiburan keluarga dikekalkan selepas Mahkamah Tinggi, di sini, semalam menolak rayuan lelaki itu kerana mendapati hukuman diberikan setimpal dengan kesalahan yang melakukan samun berkumpula­n bersenjata hingga mencederak­an seorang mangsa di Jalan Jelapang, di sini, tahun lalu.

Mohd Irwan Shah Zainaul, 34, dikenakan hukuman penjara 14 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, pada 8 Februari lalu selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen

394,

Kanun

Keseksaan sebelum memfailkan rayuan pada hari sama untuk meringanka­n hukuman.

Dia dituduh melakukan samun berkumpula­n bersenjata bersama dua lagi individu yang masih bebas di kedai perabot TM Jati Group, Jalan Jelapang hingga menyebabka­n seorang pekerja kedai warga asing cedera di kepala akibat ditetak dengan parang.

Pesuruhjay­a Kehakiman, Anselm Charles Fernandis dalam hujah penolakann­ya mendapati keputusan dibuat Mahkamah Sesyen setimpal dan perayu seperti tidak pernah menyesal dengan perbuatan jenayah yang dilakukan walaupun mempunyai rekod jenayah lampau yang dikenakan hukuman, malah melakukan jenayah lebih serius.

Menurutnya, selepas mendengar hujah pihak perayu dan pendakwaan, dia mendapati kesalahan dilakukan adalah serius kerana membabitka­n kecederaan terhadap mangsa manakala tertuduh hanya membuat pengakuan bersalah selepas kes dibicaraka­n tidak pada masa mula dituduh.

Mahkamah Tinggi di sini, semalam mengetepik­an permohonan semakan keputusan dua pekerja ladang berhubung sabitan dan hukuman penjara 20 tahun yang dikenakan ke atas mereka tujuh tahun lalu atas pertuduhan melupuskan mayat jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Pesuruhjay­a Kehakiman SM Komathy Suppiah memutuskan demikian selepas mendengar hujahan kedua-dua pemohon serta membenarka­n bantahan awal dikemukaka­n Timbalan Pendakwa Raya Abazafree Mohd Abbas.

Pemohon, K Sarawanan, 26, dan U Suresh, 33, memfailkan permohonan notis usul untuk mengkaji semula keputusan Mahkamah Tinggi pada 16 Februari tahun lalu dengan alasan wujud situasi atau keadaan luar biasa yang melayakkan kes itu dikaji semula.

Malah menurut notis usul itu juga, ada keterangan baru dan ia perlu diambil kira.

Terdahulu, peguam kedua-dua pemohon, Amer Hamzar Arshad dalam hujahannya berkata, pengakuan bersalah kedua-dua anak guamnya itu tidak selamat dan meragukan.

“Pengakuan bersalah mereka di Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting dibuat selepas peguam terdahulu tersalah memberi nasihat,” katanya.

Sementara itu, Abazafree berhujah, Mahkamah Tinggi tiada kuasa dalam menyemak keputusann­ya sendiri.

“Mahkamah ini tiada kuasa menyemak kerana ia tidak ada bidang kuasa seperti mahkamah rayuan.

“Permohonan pemohon didengar sebelum ini,” katanya.

Pada 15 Oktober 2010, Sarawanan dan Suresh dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret Teluk Datok selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas empat tuduhan mengangkat, membakar dan membuang abu mayat Sosilawati, 47, pegawai bank Norhisham Mohammad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Sarawanan didakwa melakukan kesalahan itu di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang Tanjung Sepat Banting pada 30 Ogos 2010 manakala Suresh didakwa melakukan kesalahan itu di Sungai Panchau, Jalan Morib, Banting pada tarikh sama.

 Permohonan semakan keputusan dua pekerja ladang hapus mayat jutawan kosmetik ditolak

 ??  ?? SARAWANAN (dua dari kanan) dan Suresh dibawa keluar selepas mahkamah mengetepik­an permohonan semakan mereka.
SARAWANAN (dua dari kanan) dan Suresh dibawa keluar selepas mahkamah mengetepik­an permohonan semakan mereka.
 ??  ?? MOHD Irwan Shah.
MOHD Irwan Shah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia