Harian Metro

Penjaga kolam udang berdepan penjara 100 tahun

-

Johor Bahru: Seorang penjaga kolam udang di Mersing berdepan hukuman penjara 100 tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan meliwat dan melakukan kelucahan melampau ke atas dua anak tiri, tahun lalu.

Tertuduh berusia 24 tahun didakwa mengikut Seksyen 377 (C) dan 377 (C) (A) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan bagi setiap pertuduhan jika sabit kesalahan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di beberapa lokasi di Mersing antara 17 April lalu hingga bulan ini.

Dia mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab Karim.

Bagi empat pertuduhan pertama, tertuduh didakwa meliwat mangsa berusia 11 tahun sebanyak dua kali dan melakukan kelucahan melampau kepada mangsa sama sebanyak dua kali.

Selain itu, bagi pertuduhan kelima, tertuduh didakwa melakukan kelucahan melampau terhadap mangsa kedua berusia tujuh tahun.

Mengikut kertas pertuduhan, pada jam 8.30 hingga 12 tengah malam antara 17 April hingga 12 Julai lalu, tertuduh melakukan kelucahan melampau dengan memasukkan jari hantunya ke dalam dubur anak tiri lelaki berusia 11 tahun di sebuah rumah di Endau, Mersing.

Pada masa dan tarikh sama, tertuduh didakwa mengulangi perbuatann­ya itu ke atas mangsa di dalam Proton Saga di Pantai Dataran Pulau, Mersing.

Selain itu, tertuduh didakwa meliwat mangsa pada jam 12.30 tengah malam hingga 1 pagi pada tarikh sama di dalam Proton Saga di kawasan Pantai Dataran Pulau.

Dalam pertuduhan selanjutny­a, tertuduh didakwa meliwat mangsa antara jam 8.30 hingga 9.30 malam di sebuah kilang keropok di Mersing pada tarikh sama.

Mengikut pertuduhan terakhir, tertuduh didakwa memasukkan jari telunjuk ke dubur mangsa lelaki berusia tujuh tahun antara jam 8.30 hingga 12 tengah malam pada tarikh sama di sebuah rumah di tepi kolam udang di Mersing.

 ??  ?? TERTUDUH mengaku bersalah liwat dua anak tiri.
TERTUDUH mengaku bersalah liwat dua anak tiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia