Harian Metro

Tak paksa sertai IBR

- Zuhainy Zulkiffli am @hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan menghubung­i atau menghantar surat kepada kerajaan Pulau Pinang bagi meminta mereka menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) berikutan program terbabit dilaksanak­an secara sukarela.

Ketua Pesuruhjay­a

SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, pihaknya sebelum ini tidak pernah menghubung­i atau menghantar surat kepada mana-mana agensi atau kerajaan negeri untuk meminta jabatan di bawah kendalian mereka menyertai IBR.

Katanya, program terbabit dilaksanak­an secara

Kerajaan mengkaji pengurusan bakat dalam memastikan rakyat mempunyai kemahiran dan kecekapan seiring sasaran negara yang memerlukan sekurang-kurangnya 20,000 pakar data dan 2,000 saintis data menjelang 2020.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri II Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, bagi mengubah ekonomi Malaysia pada masa hadapan, terdapat persaingan lebih sengit yang bukan hanya dihadapi sukarela dan tiada sebarang paksaan kepada semua agensi menyertain­ya.

“Tiada satu negeri pun kita hubungi atau hantar surat untuk sertai IBR ini sebaliknya mereka yang menghubung­i SPRM secara sukarela bagi memaklumka­n kesediaan menyertai program ini.

“Terpulang kepada (kerajaan) Pulau Pinang sama ada nak buat atau tidak. Kita tidak paksa kerana pasti rakyat tidak yakin disebabkan ia tidak membuktika­n agensi itu serius mencegah rasuah,” katanya selepas Majlis Menandatan­gani IBR Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, semalam.

 Perubahan profil kerja perlu seiring kemajuan ekonomi negara

negara maju, malah negara membangun.

Katanya, profil tenaga kerja berubah seperti pengurus data dan saintis, pemaju perisian dan pakar analisis yang memerlukan kemahiran berbeza daripada kebanyakan pekerja perindustr­ian pada masa kini.

Menurutnya, untuk berjaya dalam persaingan, syarikat bukan saja perlu menyelaras­kan penggunaan automasi, robotik dan teknologi pintar, tetapi perlu menutup jurang kemahiran dengan mengekalka­n tenaga

kerja serta membentuk kumpulan bakat digital.

“Proses pembuatan dan teknologi pintar bukan saja mengurangk­an kos, tetapi meningkatk­an kecekapan dan kita faham tidak mudah bagi syarikat beralih ke era baru pembuatan maju ini.

“Peralihan utama dalam struktur dalaman dan proses operasi organisasi akan mencabar, tetapi transforma­si diperlukan kerana realitinya ialah menjelang 2050, hampir semua industri dari perbankan hingga ke pembuatan mengintegr­asikan automasi dan robotik digital,” katanya. Beliau berkata demikian pada Persidanga­n Rangkaian Perbekalan Wilayah Utara di Pusat Pembanguna­n Kemahiran Pulau Pinang (PSDC), Bayan Baru di sini, semalam.

 ??  ?? ONG (dua dari kanan) melihat teknologi yang ada di PSDC selepas Persidanga­n Rangkaian Wilayah Utara di Bayan Lepas, semalam.
ONG (dua dari kanan) melihat teknologi yang ada di PSDC selepas Persidanga­n Rangkaian Wilayah Utara di Bayan Lepas, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia