Harian Metro

Suara Generasi ke-2 tak yakin kepemimpin­an

-

Kuala Lumpur: Setelah dikejutkan dengan kemelut antara Tan Sri Isa Samad dan Datuk Zakaria Arshad awal bulan lalu serta kemudian reda seketika apabila nakhoda baru dilantik memimpin, FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) kini kembali bergolak.

Ini berikutan kenyataan terbaru Generasi Kedua FELDA yang melahirkan rasa tidak yakin terhadap kepemimpin­an Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob, bekas pegawai kanan kerajaan yang dilantik pemangku Pengerusi FGV bagi menggantik­an Isa, 19 Jun lalu. Mereka juga bimbang Zakaria selaku Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya yang sedang digantung tugas, dijadikan ‘kambing hitam’.

Kumpulan dinamakan Suara Generasi ke-2 FELDA@Facebook (SGK2F) itu mahukan Sulaiman dan semua Ahli Lembaga Pengarah FGV meletak jawatan, sekali gus memberi ruang kepada orang baru mengambil alih jawatan terbabit.

Penasihat kumpulan itu, Datuk Zulkefli Nordin berkata, pihaknya kecewa dengan Sulaiman dan Ahli Lembaga Pengarah FGV bukan saja gagal membuat sebarang perubahan, malah segala keputusan yang mereka ambil, dilihat seolah-olah dipengaruh­i ‘orang lama’ dalam FGV.

“Kami bimbang masalah yang berpunca daripada mereka (ahli lembaga pengarah) diletakkan atas bahu Zakaria, sekali gus menjadikan beliau sebagai kambing hitam. Kami kecewa dengan keputusan Sulaiman mengekalka­n jawatan semua ahli lembaga pengarah syarikat itu.

“Legasi Tan Sri Isa Samad dilihat berterusan melalui keputusan Sulaiman serta Ahli Lembaga Pengarah FGV dan kami sedih melihat perkara ini. Sekiranya tiada gerakan untuk ‘membersihk­an’ ahli lembaga pengarah ini, pasti ramai akan mempersoal­kan integriti FGV, sekali gus menjejaska­n keyakinan pelabur terhadap syarikat berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, kemelut FGV mencapai kemuncak apabila Isa dan Lembaga Pengarahny­a mengarahka­n Zakari, Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha, Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim, untuk bercuti, pada 6 Jun lalu.

 ?? Dr Wan Junaidi ?? Sistem ini boleh meramal lebih awal bila banjir akan berlaku dan sebesar mana impaknya berdasarka­n data dari radar yang diperoleh”
Dr Wan Junaidi Sistem ini boleh meramal lebih awal bila banjir akan berlaku dan sebesar mana impaknya berdasarka­n data dari radar yang diperoleh”
 ??  ?? DR Sulaiman
DR Sulaiman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia