Harian Metro

Pinda undang-undang bantu pemandu teksi

-

Cyberjaya: Pindaan undang-undang bagi menjadikan perkhidmat­an e-hailing (e-panggilan) seperti Grabcar dan Uber sebagai sah di negara ini dijangka dibentangk­an di Dewan Rakyat selewat-lewatnya esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pindaan itu membabitka­n RUU Pengangkut­an Awam Darat 2010 dan Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdaganga­n 1987.

“Niat kerajaan adalah membantu pemandu teksi terutama berkaitan isu pendapatan mereka yang terjejas selepas kewujudan Grab dan Uber, kita tidak mahu meminggirk­an sesiapa.

“Jadi, kami mahu mereka bekerjasam­a, malah pemandu teksi juga boleh untung kerana mendapat manfaat menerusi e-hailing selain mengambil penumpang di jalanan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Rumah Terbuka Kumpulan Industri-Kerajaan Malaysia bagi Teknologi Tinggi (MIGHT), di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MIGHT, Datuk Dr Mohd Yusoff Sulaiman.

Sehubungan itu, Nancy berkata, pihaknya meminta pengusaha Grabcar dan Uber bekerjasam­a dengan pemandu teksi mengenai perkara itu.

Malah, katanya, beliau turut dimaklumka­n mereka sudah mengadakan pertemuan dan perbincang­an beberapa kali termasuk dengan persatuan teksi di Sabah dan Melaka baru-baru ini.

Nancy berkata, maklumat lanjut mengenai pindaan RUU berkenaan akan dimaklumka­n ketika pembentang­an nanti.

 ??  ?? NANCY (kanan) diiringi Dr Mohd Yusoff (kiri) ketika hadir Majlis Rumah Terbuka Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia dan Teknologi Tinggi (MIGHT) di Cyberjaya.
NANCY (kanan) diiringi Dr Mohd Yusoff (kiri) ketika hadir Majlis Rumah Terbuka Kumpulan Industri Kerajaan Malaysia dan Teknologi Tinggi (MIGHT) di Cyberjaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia